Posts

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

Image
RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER' | Sebenarnya pelan nak datang ke Restoran Jibril ni dah lama memandangkan dahulu Restoran Jibril ni hanya berlokasi Subang Jaya dan 1 lagi cawangan di Publika & ianya agak jauh bagi abang.  Untuk pengetahuan korang semua. Restoran Jibril sekarang telah beroperasi di Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi & menjadi kelebihan kepada warga Bandar Baru Bangi dan sekitarnya termasuklah paik untuk datang merasai menu mereka yang pernah viral dengan menu berkonsepkan 'butter'.  Sedikit kisah lucu sebelum abang masuk kedalam restoran ni. Kalau korang tengok gambar pintu masuk, korang mesti tidak tahu dekat mana pintu masuk kerestoran ni bukan? Sama laa dengan abang. Abang sampai jee dekat kawasan pintu masuk ni abang jadi pelik. Macam mana abang nak masuk ni? Tak lama lepas tu staf mereka keluar dari sebalik susuanan batu yang merupakan pintu masuk kedalam restoran ini. Agak lucu pengalaman patik masa tu

RESTORAN 3 RAHSIA BANDAR BARU BANGI SAJI MENU NEGERI JOHOR

Image
RESTORAN 3 RAHSIA BANDAR BARU BANGI SAJI MENU NEGERI JOHOR | Tempoh hari abang, wife dan anak dara abang bercadang nak sarapan pagi diluar memandangkan terasa sangat malas untuk mengadap dapur. Seperti biasa kami selalunya tidak ada kedai yang spesific untuk kami tuju. Jadi untuk kalini abang ajak wife abang untuk ke Seksyen 15, Bandar Baru Bangi kot-kot kalau ada restoran atau kedai yang boleh kita cuba.    Pusing-punya pusing abang ternampak suatu kedai yang rasanya dahulu dibuka dengan menjual burger viral yang pemiliknya adalah seorang pelawak suatu ketika dahulu. Jadi tanpa membuang masa abang pun cadangkan dekat wife abang untuk kita cuba rasa menu apa yang ada dekat Restoran 3 Rahsia yang terletak di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.   Abang tak tahu nak kongsikan kenapa restoran ini diberi nama 3 Rahsia. Mungkin ada 3 pemilik yang memilik restoran ini yang setiap seorang punya resepi rahsia untuk disajikan kepada pelanggan di sini. Hehe. Ini adalah telahan abang saja jee ye.  Kon

BAGAIMANA MENGEKALKAN WANGIAN PADA BADAN DENGAN LEBIH LAMA

Image
BAGAIMANA MENGEKALKAN WANGIAN PADA BADAN DENGAN LEBIH LAMA | Sesetengah lelaki kadang kala lupa terhadap bau badan yang terhasil daripada aktiviti harian kita. Bau badan yang terhasil sedikit sebanyak akan mengganggu orang sekeliling kita dan akhirnya akan menyumbang kepada ketidakselesaan orang sekeliling dengan kita. Seperti abang yang kerjanya banyak berjumpa dengan orang ramai ditempat kerja mahu pun apabila menghadiri jemputan majlis memerlukan abang bersedia dengan keadaan yang selesa. Maksud 'selesa' bagi abang adalah terhadap haruman abang akan segar sehingga petang dan memberikan keselesaan pada orang yang bersama dengan abang. Itu lagi penting. CARA MENGEKALKAN WANGIAN PADA BADAN Sebenarnya abang beruntung kerana abang sering menghadiri kursus penampilan diri yang diadakan di tempat kerja abang dan ianya sangat membantu patik lebih-lebih lagi dalam pengendalian bauan diri dan juga penampilan keseluruhannya. Sedikit sebanyak abang boleh kongsikan bersam

IBUMANJA SEMENYIH LOKASI PILIHAN KELENGKAPAN IBU DAN BAYI

Image
IBUMANJA SEMENYIH LOKASI PILIHAN KELENGKAPAN IBU DAN BAYI | Tempoh hari abang bersama wife sempat menyinggah untuk melihat-lihat keperluan bayi kami yang kedua yang dijangka akan dilahirkan pada September nanti.  Tempat yang menjadi pilihan kami adalah IBUMANJA Semenyih  yang terletak di Setia Ecohill Taipan, Semenyih. Kawasan baru membangun dan sangat menarik untuk aktiviti perniagaan. Macam-macam jenama kedai patik tengok sedang naik bagai cendawan tumbuh.  Berbalik perkongsian tadi, tujuan abang kesini adalah untuk mencari sedikit kelengkapan tambahan untuk anak kedua abang. Maklumlah barang untuk anak pertama masih boleh digunakan lagi, jadi kita cari barang tambahan.  Melangkat masuk jee kedalam premis ini abang sangat teruja kerana presmis ini menyediakan semua kelengkapan bagi ibu dan juga bayi. Korang sebut jee barang apa yang diperlukan, semuanya ada disini.  Keperluan dari mengandung sampailah berpantang dan keperluan bayi semuanya ada didalam premis ini. Untuk anak kedua ab

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

Image
Makan di Mashigetta Korean Food Bandar Baru Bangi MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL |   Sebenarnya patik ni jenis yang suka mencuba menu makanan yang dicadangkan oleh rakan sekerja patik. Restoran Mashigetta Korean Food yang terletak di Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi . Memandangkan lokasi restoran ini berdekatan dengan rumah patik, jadi apa kata kita cuba apa yang menarik disini.  Melangkah masuk ke restoran ini, persekitaran yang menarik boleh patik rasakan. Kebiasaan restoran seperti ini akan disambut oleh pekerja yang bukan warga Malaysia. Tetapi di Mashigetta Korean Food ini, korang akan disambut oleh pekerja muslim dan ini membuatkan pandangan patik mengatakan "mungkin pengendalinya juga mungkin orang muslim". Makan di Mashigetta Korean Food Bandar Baru Bangi Bila patik melihat Facebook restoran ini, rupanya pemilik restoran ini pernah menetap di Korea selama 11 tahun dan rasa asli Korea daripada semestinya halal 100%. I

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN

Image
KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN  | Patik nak tanya laa dekat korang. Korang tahu ke baca kod yang tertera pada tayar kenderaan korang?  Jujur patik kata, patik sejenis manusia yang kurang berpengetahuan terhadap ilmu kenderaan ini. Tapi mujur laaa banyak laman yang membantu patik untuk melakukan carian terhadap pemilihan tayar yang sesuai bagi kegunaan. Ada beberapa situasi dimana pembeli boleh ditipu dengan penjual tayar kereta. Sesetengah penjual tayar kereta akan mempamerkan tayar kereta yang lama dengan harga yang baru semata-mata untuk menghabiskan stok.  Jadi, ianya penting untuk korang tahu kod-kod yang ada pada tayar untuk mengelakkan tayar yang dijual itu sudah terlalu lama malah lebih teruk, expired. Ini kod tayar kereta yang perlu diperiksa:  Untuk dicadikan contoh, kod tayar kereta adalah  205/65/R16 95V 205 = Lebar (W) dalam unit milimeter, mm 65 = Nisbah aspek (untuk mengira tinggi / ketebalan tayar, H dalam unit milimeter mm) R = Rad

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR

Image
MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR | Lawatan ke Pulau Pangkor rupanya telah menemukan patik dengan sesuatu yang menarik untuk diabadikan di blog patik ini. Masjid 1000 Selawat atau lebih dikenali sebagai Masjid Al-Badr Seribu Selawat yang terletak di Kampung Teluk Gedong bagi patik adalah sebuah masjid yang cukup indah dan sangat unik.  Gambar sekadar hiasan KEUNIKAN MASJID 1000 SELAWAT PULAU PANGKOR Menariknya Masjid 1000 Selawat ini adalah ianya adalah sebuah masjid terapung dan ada yang mengatakan ianya masjid terapung pertama di Negeri Perak. Tidak cukup dengan keadaanya yang terapung, masjid ini dihiasi dengan 1000 kalimah selawat yang diukir khas pada dinding masjid ini. Korang boleh tengok pada setiap perincian pada dinding masjid ini. Sangat menakjubkan.  Keadaan di dalam ruang solat utama Mula dibina pada 7 Mac 2014, masjid yang melibatkan kos perbelanjaan sebanyak RM11.7 juta ini, mula dibuka kepada orang ramai sekitar Oktober 2016. Pelancarannya telah disempu

PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLAND BERSAMA KELUARGA PASCA COVID 19 (PART 1)

Image
PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLAND BERSAMA KELUARGA PASCA COVID 19 (PART 1) | Sebenarnya kisah ke Cameron Highlands ini telah lame diidamkan oleh orang rumah patik sejak beliau mengandungkan anak pertama patik. Dia teringin nak sampai ke Cameron Highlands ni memandang sudah terlalu lama tidak sampai kesana.  Nak dijadikan kisah, patik telah merancang percutian ini sedikit awal dengan harapan untuk dijadikan kejutan buat orang rumah patik. Pertama sekali yang patik fikirkan adalah lokasi penginapan. Pada mulanya patik ingin membuat tempahan hotel. Memandangkan orang rumah patik jenis seorang ibu yang menyediakan masakan untuk anak patik tu haaa, jadi patik telah mencadangkan kepada dia untuk menginap dihomestay berbanding menginap dihotel.  HOMESTAY DI CAMERON HIGHLANDS Bila difikirkan berbaloi atau tidak, bagi patik menginap dihomestay lebih berbaloi berbanding hotel. Tapi terpulang kepada kehendak masing-masing.  Patik telah membuat tempahan homestay yang sangat terbaik dari ladang dengan