Persoalan Hati dan Perasaan..

Hai semua.


Manusia hanya merancang, tapi tuhan yg menentukan segalanya. Teringat dulu seawal umur 17 tahun, dimana pemikiran remaja mula matang, mula memikirkan soal jodoh. Bukan terlalu taksub soal cinta tp itu satu proses kematangan.

Soal jodoh, soal kawin telah di sental dikepala otak ni dek mak, pak, pak sedara, mak sedara segala.

"Lepas abis diploma ni sambung degree. Then kalau bole de master, kerja dan bole laaa nk pikir kawin ke hape"

Ade gak pesanan cm ni.

"Kerja dulu, kalau tak cmne nk bg anak bini makan.."

Namun usia kian meningkat. Seawal usia 21 tahun telah banyak pengalaman sedikit demi sedikit yg diperolehi telah mendewasakan kita. Bila lihat sekeliling tgk ramai anak muda dh berkahwin. Ade juga yg masih belum habis belajar tp dh merasa alam perkahwinan.

Bukan terpengaruh, tp tak salah jika ingin berumah tangga diusia muda. Bila kawin muda ni tak de kewangan tetap. Bole pulak cakap susah senang sama-sama. Tp sampai bile kan???

Mmg betul kawin muda ni bole elak maksiat. TEPAT sekali. Tu yg positif nya. Yg negetifnye?? Bukan ke kita akan menyusahkan pelbagai pihak. Masalah kewangan harian, menyusahkan mak ayah lagi. Semua tu kena ambil kira. Jangan anggap kawin ni senang. Jangan dok pikir kata orang. Orang bole cakap, tp yg merasa nya sape kalau bukan kite. tak gituu???

KUSUT dengan semua ni. Hanya bole berdoa supaya dipelihara maruah dan diberikan kesenagan dalam apa yg dilakukan. Berikan yg terbaik insyallah. SABAR LAH.........

Sekian entry kali ni.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

Comments

  1. bercinta lepas kawen. kiki

    ReplyDelete
  2. Hanya bole berdoa supaya dipelihara maruah dan diberikan kesenagan dalam apa yg dilakukan. Berikan yg terbaik insyallah. SABAR LAH.........

    stuju~ ^^!

    ReplyDelete
  3. Err...baru tanya semalam..Kahwin bila dah ready kan. Kalau ikut orang buat apa..

    ReplyDelete
  4. serah pada allah setelah berusaha pasti hidup diberkati..x salah kawen muda.....cara kita yg tentu masa dpn...

    ReplyDelete
  5. Pojie,
    Batas anganmu menyerlahkan satu keinginan yang nyata. Bait katamu menggamit satu perasaan rasa yang terlintas di fikiran mu. Tidak salah bagimu untuk memasang angan begitu namun ketahuilah Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.

    Itulah namanya Cinta.Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

    Steady bro tak lama lagi kerja dah dapat ekonomi dah kukuh pojie dah boleh kawin. berusahalah....

    ReplyDelete
  6. sampai waktu, sampai lar jodoh tu. :)

    ReplyDelete
  7. berkahwin bukanlah satu perkara yg mudah disebabkan tanggungjawab yg bakal dipikul tu sangat berat. Biar benar2 bersedia utk berkahwin.mcm faizal pun ramai gak dah tanya2 bila nak kawen, diam kan aje malas nak jawab.dah sampai masa, jodoh...kahwinlah.

    ReplyDelete
  8. pojie, Merancang ye bukan Merangcang

    ReplyDelete
  9. Nurarnida Sabrina:
    gud!!! term yg best utk dipraktik kan..

    ReplyDelete
  10. Nur:
    jgn ikot org..kelak diri yg sakit..

    ReplyDelete
  11. Eyrique Ettiqazz:
    tgk & bergantung msaing2 kan..

    ReplyDelete
  12. zizidiazora:
    TQ zizi...sungguh puitis kata2 kamu...neway TQ too atas nasihat...

    ReplyDelete
  13. .fariza. :
    sabar je laaa kan yg penting...

    ReplyDelete
  14. IMANSHAH :
    aku laaa dulu iman shah...

    ReplyDelete
  15. FaizalSulaiman:
    tunggy dan terus tunggu kan...lallaa

    ReplyDelete
  16. ::FAIZ FARISH::
    suke nk band aku kan...typo laaa mamat oiii

    ReplyDelete
  17. i'm still single n selesa mcm ni.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN