Salam Nisfu Sya'an.............

Hai semua.


Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian nisfu Syaaban am bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Nabi Muhammad saw menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

======================================================

Sebagai perkonsian untuk kalian semua. Selamat Berpuasa sunat esok hari & semoga tahun yang mendatang ni akan memberi lembaran kebaikan dalam amalan untuk kita semua.

Sekian entry SALAM NISFU SYAABAN untuk kali ini. Jumpa lagi dilain entry.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

p/s: Terasa mcm sedih jeee bila mengetahui buku catatan amalan kita dh selamat dihantar mengadap Ilahi. Entah banyak mane laaa amalan patik terhadap-NYA. Semoga Allah menerimanya. Amin.

Comments

  1. yer benar tu pojie. semoga segala amalan kita pada tahun sebelumnya diterima oleh Allah SWT dan diberi ganjaran yang berlipat ganda. Insyaallah.

    ReplyDelete
  2. salam nisfu syaaba.. mari bnayakkan amalan... latihan seterusnya di dunia.. hehe

    ReplyDelete
  3. baba cam sedih jew..ermmm
    pokcik jahaat:((

    hope lepas ni amalan2 yg lagi baik pokcik boleh buat :(

    ReplyDelete
  4. pokcik fiq..kita geng..nenek pun jahat neh..nak kena berubah lbh baik lagi..amin..salam nisfu syaaban babah ^_^

    ReplyDelete
  5. terima kasih di atas info :) sama2 kita berdoa agar amalan diterima

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN