Tazkirah #1 : Jangan Terlalu Berharap Kebaikan Kita Dibalas........
Hai semua.


Kadang-kadang berasa geram, kecewa dan hampa juga bila kebaikan yang kita lakukan kepada seseorang tidak dihargai walau pun sekadar mengucapkan terima kasih. Itulah kelemahan manusia,inginkan dirinya dihargai.
Jangan berasa kecewa dan merajuk bila keadaan ini berlaku. Sesungguhnya Allah tidak pernah leka dan terlepas pandang terhadap kebaikan yang dilakukan oleh hamba-Nya. Ganjaran pahala tetap akan dibalas di akhirat nanti. Kita hanya perlu perbetulkan niat agar melakukan sesuatu kebaikan semata-mata kerana Allah.
Tabiat suka mengingkari, membantah dan memperkecilkan nikmat merupakan penyakit lazim yang menimpa manusia. Nikmat Allah yang tidak putus-putus dibalas dengan mengingkari perintahNya dan melakukan laranganNya. Begitulah tabiat manusia. Apa nak dihairankan jika mereka mengingkari kebaikan yang pernah kita berikan kepadanya.
Siapalah kita untuk mengungkit-ungkit secebis kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain berbanding kebaikan Allah kepada seluruh makhluk. Namun Allah Maha Sabar dan Maha Pengasih. Allah terus-menerus mengurniakan nikmat walau pun hambaNya menderhakaiNya saban waktu.
Berlapang dada dan bersabarlah. Teruskan memberi kebaikan kepada orang lain walau pun tiada penghargaan, terima kasih dan balasan. Bersyukurlah kerana Allah memilih kita untuk melakukan kebajikan ketika orang lain melakukan kejahatan. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk istiqamah melakukan jasa, bakti dan kebaikan kepada sesiapa sahaja semata-mata inginkan kemuliaan di sisi Allah di akhirat kelak.
Sekian peringatan kita bersama untuk hari ke-7 berpuasa ini. Jumpa lgi dilain entry. Babai.
-Ahmad Fauzi Aryaan-
Sekian peringatan kita bersama untuk hari ke-7 berpuasa ini. Jumpa lgi dilain entry. Babai.
-Ahmad Fauzi Aryaan-
bakal imam muda yang semakin matang..good job
ReplyDeletezaman sekrg mmg la...klau bleh buat baik nak dpt sesuatu sebgai balasan gak...siap ungkit agy lklau tak dpt..heheh
ReplyDeletesiyes style pic tu
NIK NORZIEHANA :
ReplyDeleteterima kasih anak murid ku...jumpa di kuliah akan datang yee...
Edy Fee :
ReplyDeleteTQ...lumparh manusia akan jadi cm tu..tp kita kne berusaha ubah niat untuk menjadi lebih IHKLAS...
yup..betul2...hehe tp bkn senang nak capai tahap keihkhlasan tu
ReplyDeleteBetoi kata kmu...beter kte cb belajr utk menjadi ikhlas dri x buat apa2...mencuba pon dh cukup....
ReplyDeleteUntuk ikhlas tu yang susah. hehe apabila seseorang itu sudah terbiasa untuk mengharapkan balasan atas setiap kebaikkan yang ditabur, dia akan lebih terdorong untuk merasa tidak puas hati.
ReplyDeleteAnggaplah hidup ini medan memberi yang paling mulia. Bukan ke tangan yang memberi itu lebih mulia berbanding tangan yang menerima?
entry yg sngt mmbantu...
ReplyDeleteinsyaallah..akan lebih tenang...
^__^
bese lerr .. owg tetap nak amik kesempatan atas setiap kebaikan .
ReplyDeletesabo je la :)
insyaAllah setiap yang baik itu akan ada balasan Allah nanti
ReplyDeleteCik Penulis:
ReplyDeletebetoi...tangan yg memberi lebih baik dri tangan yg menerima...alhamdulillah..
Muhammad Alif Bin Bohari:
ReplyDeletetq sudi baca...
ikan :
ReplyDeletebahagian kita laa kan..xpe laa sabar jee...
IMANSHAH:
ReplyDeleteinsyallah...
"elok jiwa" tu terlalu subjektif dan jauh tuk dirungkai...
ReplyDeleteepi ramadhan!
entry babah yg serius T_T
ReplyDeletememberi satu kebaikan bukan inginkan sebuah penghargaan tapi berlandaskan keikhlasan kerna yang nyata ia melahirkan satu keberkatan.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ni pojie!!
ReplyDeletecham's :
ReplyDeleteepi ramadhan...
cham's :
ReplyDeleteepi ramadhan...
zOeY zAu YaH:
ReplyDeletesekali sekala x pe kot nenek...sebagai peringatan diri & semua mungkin..
zizidiazora:
ReplyDeleteikhlas itu lebih baik...
FaizalSulaiman:
ReplyDeletesame2 faizal...
hi Fauzi... :P
ReplyDeleteyg penting..kalo niat kita baik,maka akan jadi baik...;-)
ReplyDeleteAssalamualaikum.. setuju dengan apa yg diperkatakan oleh Sdra.. :)
ReplyDeleteManusia sentiasa mengikari dgn nikmat yg Allah kurniakan.. Dalam surah Ar-Rahman sbyk 31 kali menyatakan yg bmksud :-
"maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
Jadi lihatlah sebenarnya manusia sentiasa tidak mensyukuri nikmat Allah..
Sikap manusia juga, kebaikan sebesar alam lgsung tdk dipandang ttp keburukan walaupun sbsar zarah boleh dinampaknya..
Apa yang penting hati dan niat kita ikhlas krn Allah...Jadilah insan yg sentiasa menaburkan bakti dan melakukan kebaikan di atas muka bumi ini.. Insyallah hidup kita akan diberkati.. :)
salam perkenalan dp sy.. :)