Warna warni kehidupan......

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Walaweehhh lame gile patik tak mai melepak kat blog aptik ni haaa. Bukan apa, patik sedikit ketandusan idea lately ni haa. Hari ni kehidupan patik mendatar saje. Sedang menyiapkan kerja yang terbengkalai, patik tersentuh dengan 1 ayat yang pernah dikatakan oleh Hamka.



Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami airmata dan juga darah. ~ Hamka



Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.

Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.

Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.

Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka kepada umat sejagat. Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan.

Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya.

Sekian sedikit perkongsian kali ni. Jumpa dilain entry yeee. Babai.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

Comments

  1. kehidupan tak semudah yang diduga sebenarnya kan.diri kita sendiri yang mengukir dan mencorakkan kehidupan dengan warna kehidupan.kalau gelap corak kita..maka gelaplah masa depan kita..bila dicorakkan dengan warna yang menyerlah,insyaAllah kejayaan milik kita..

    ReplyDelete
  2. manusia memang x lari dari masalah.. yg membezakan manusia adalah cara membawa diri untuk membentuk sebuah kehidupan...

    ReplyDelete
  3. i'm pretty sure u gonna b a successful person! ur determination, hard works will b paid off

    ReplyDelete
  4. kalau plain je takde warna hidup tak bermakna

    ReplyDelete
  5. laskar pelangi:
    sokong kata2 lashkar pelangi..kehidupan ni mmg penuh dengan warna warni...baru laaa ceria hidup ini..

    ReplyDelete
  6. [k]o{q}i[n] :
    lain org lain cara mereka menyelesaikan msalah yg diterima nya...bergantung dengan akal resional mereka untuk menyelesaikan msalah yg dihadapi...

    ReplyDelete
  7. Qarl :
    amin qarl...hope apa yang kamu ckp juga akan terjadi kepada kamu juga..AMIN untuk kita bersama...

    ReplyDelete
  8. IMANSHAH:
    betapa cerianya kehidupan bilamana ada nya semua ini...

    ReplyDelete
  9. wah entri tibebe jd serius kan!

    hidup ini sebagai roda-misha omar

    ;p

    ReplyDelete
  10. Pojie...
    Life is like riding a bicycle, you don’t fall off unless you plan to stop peddling.

    ReplyDelete
  11. pojie!

    ini menyedarkan setiap dari kita., bahawa hidup kita ni penuh makna!

    doa faizal moga pojie terus berjaya dalam kehidupan as blogger, as human and in relationship!

    yang penting senyum:)

    ReplyDelete
  12. hurmm hidup tanpa masalah mmg tak best la.sunyi
    hurmm HAMKA mmg kata-kata penuh makna..

    ReplyDelete
  13. time does not changing,but human change everything...:-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN