Info: Cintailah DIRI SENDIRI

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.



Bila bercinta, biasanya kita sebagai manusia akan mencintai org lain lebih berbanding diri sendiri. Bagi patik itu sesuatu yg sedikit salah. Pernah tak korang mencintai DIRI SENDIRI lebih mencintai org lain??? Mungkin tak pernah bg sesetengah org. Bg yg mencintai DIRI SENDIRI dahulu baru org lain patik ucapkan tahniah.

Tetapi sebelum anda mencntai diri sendiri, ada beberapa langkah untuk mencintai DIRI SENDIRI.

1. Terima diri anda seadanya

Sebelum anda bole mencintai diri sendiri, anda perlu belajar menerima diri sendiri dengan seadanya. Bersyukur dengan fizikal dan paras rupa anda. Belajar untuk menerima kelemahan & kekurangan diri. Jangan mengharapkan anda sempurna kerana tiada manusia yg sempurna dalam dunia.

Keyakinan terhadap pencipta membuatkan membuatkan kita yakin bahawa Dia mengurniakan kelemahan untuk kita mempelajari bagaimana untuk menukar kelemahan itu menjadi kekuatan. Dalam masa yg sama, ianya akan menjadikan anda manusia yg lebih tabah.

2. Menyediakan jurnal kejayaan

Mengapa sestengah itu mmpunyai keyakinan sedangkan sesetengah lagi tidak?? Hakikatnya, Allah mengurniakan manusia kebolehan untuk memilih fokus pemikiran mereka.

Orang yg kurang keyakinan hanya akan memberi fokus kepada kekurangan yg mereka miliki. Mereka mengabaikan dalam minda mereka pencapaian-pencapaian dan kekuatan dalam diri mereka. Sebaliknya org yg berkeyakinan diri akan memberi fokus pada kejayaan & kekuatan diri, dan dalam masa yg sama melihat kekurangan diri untuk diperbaiki.

Caranya, tulis samada kecil mahupun besar dalam 'jernal kejayaan' anda. Apabila anda berada didalam kedesihan, kemurungan, kejatuhan, teliti semula 'jurnal kejayaan', insyaAllah anda anakn kembali bersemangat.

3. Tulis "Surat Kepada Aku"

Apa perasaan anda apabila anda diberi penghargaan oleh org lain?? Sudah tentu anda semua gembira kan. Apa kata anda sendiri yg memberi pujian terhadap diri sendiri. Ini adalah 1 latihan yg amat berkuasa dan patik yakin ada diantaranya yg akan menitiskan air mata apabila melakukan latihan ini.

Anda hanya perlu 15 minit saja untuk menulis 'Surat Kepada Aku'. Tiada format tertentu untuk surat ini. Yang hanya adalah luahan dari lubuk hati anda. Anda juga bole cb menggunakan perkataan seperti "Saya berbangga dengan anda kerana........" , "Terima kasih kerana......". Jika anda dihantui dengan kesilapan lampau, anda bole menggunakan ayat seperti ini "Tolong maafkan saya kerana....." . Perbaiki kesilapan tersebut & belajar untuk memaafkan diri sendiri.

Naahhh demikian lah info yang sempat patik kongsikan untuk tatapan kita bersma, Mana yg baik jadikan pengajaran & mne yg salah tu jadikan teladan.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

Comments

  1. x reti tulis surat, jd aku antar sms je kt diri sndiri... senang :p

    ReplyDelete
  2. yup2....kene sentiasa cintai diri sendiri,,,

    ReplyDelete
  3. Yes, itu betul. memberi penghargaan untuk diri sendiri meerupakan pencetus motivasi kerja seharian.

    ReplyDelete
  4. yeppy..btul3...hehe..kdg2 mnusia nie trllu hrgai irg lain shngga dri sndri tk dpdulikan..kyte kna sygkn kyte sndri sblom kyte syg org lain hehe...dan masing2 akn dpt bnda yg adil..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR