Luahan # 5

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Sekadar entry luahan kali ini.

Bg patik dunia blogging ni adalah dunia dimana perkongsian berbentuk penulisan dialam maya. Perkongsian yang dianggap tiada batas sesama blogger. Apa yang ingin dikongsikan, akan dikongsikan melalui sebuah penulisan. Penulisan ini mungkin akan disalahertikan jika tidak dibaca dengan teliti.

Memang benar, ada benda yang kita bleh konsi dengan pembaca dan juga ada yang tidak bole dikongsi bersama pembaca. TAPI bila sesuatu komen yang diterima dek kerana cara penulisan kita membuatkan idea luahan itu tersekat dan terbantut.

Kenapa perlu menyekat penulisan orang???
Kenapa perlu berfikiran negatif terhadap penulisan orang??


Melalui penulisan laa luahan isi hati dapat diekspresikan. Mungkin payah meluahkan melalui perkataan mulut. Ini laa medium yang dianggap sesuai. Bagi patik, selagi tidak mengganggu orang lain, patik ada hak untuk menulis apa jua bentuk penulisan.

Prinsip patik senang, kalau patik suka, patik baca & komen. Kalau tak suka patik hanya baca jeee. Mana yang baik kita ambil pengajaran. So simple life kan??? Tapi kenape nak tegur penulisan kita??? Tak perlu kot. Masing-masing punya kehendak & cara menulisan yang berlainaan. Perlu ke nak ikot cara penulisan kamu???? Tak perlu rasanya. Blog sendiri, so pandai-pandai lah mewarnaikannya.

Hanya luahan dimalam hari. Mana yang baik datang dari DIA, mana yang buruk itu datang dari patik yang hina ini.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN