Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua.


. Cenderahati kenangan dari kami.


Alhamdulillah dengan izin-NYA, maka telah selesai Majlis Kesyukuran sempena program Syarahan Perdana Transformasi Minda Penyelidik Muda yang telah disampaikan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad sebentar tadi.

Syukur niat kami telah tercapai untuk manzahirkan rasa syukur kepada-NYA diberikan kesudahan yang baik sekali gus mengucapkan rasa terima kasih dan penyampaian sedikit cenderahati kenangan dari kami persatuan diatas segala bantuan yang diberikan oleh semua pihak sepanjang berjalannya program ini.

Majlis yang dihadiri lebih kurang 200 orang meliputi semua wakil jabatan, institut pengajian, unit-unit dalam UiTM serta tidak dilupakan pelajar pascasiswazah yang sama-sama menggembeling tenaga sepanjang berlangsungnya program tersebut.

Dengan berakhirnya majlis kesyukuran ini, maka berakhirlah perkhidmatan patik & semua AJK sesi 2011/2012. AJK untuk sesi 2012/2013 telah selamat dilantik untuk meneruskan legesi kegemilangan persatuan.

Sekian buat kali ini. Jumpa lagi dilain entry yee.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

p/s: bila melihat frame tu teringat masa zaman sibuk menguruskan majlis.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR