Normal ramai yang berkahwin lewat

KUALA LUMPUR – Sekitar 2.5 juta rakyat berusia lebih 25 tahun yang mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini masih belum atau tidak berkahwin.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie, berkata berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 daripada jumlah itu 60.4 peratus adalah lelaki.

“Bancian itu juga mendapati purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki menurun kepada 28 tahun berbanding 28.6 pada 2000 manakala bagi wanita pula meningkat kepada 25.7 berbanding 25.1 tahun,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong.

Heng berkata, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia keempat pada 2004 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara mendapati 32.1 peratus daripada responden tidak pernah berkahwin.

Beliau berkata, daripada jumlah itu 55.6 peratus adalah lelaki. “Sebanyak 44.7 peratus daripada responden lelaki tidak berkahwin kerana masalah kewangan, tiada calon sesuai (19.3 peratus), kerjaya (12.8 peratus), komitmen keluarga (6.3 peratus) dan selebihnya sebab lain.

“Manakala 40 peratus wanita tidak berkahwin kerana tiada calon sesuai, masalah kewangan (14 peratus), kerjaya (8.4 peratus), selesa hidup membujang (8.4 peratus), komitmen keluarga (7.4 peratus) dan selebihnya sebab lain,” katanya.

Heng berkata, kementerian tidak bercadang mewujudkan perkhidmatan pusat temu jodoh atau perkhidmatan temu jodoh secara dalam talian kerana perkhidmatan itu disediakan pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan, badan agama dan beberapa parti politik. – [SUMBER]

p/s: bila dunia semakin mementingkan MATERIALISTIK

-Ahmad Fauzi Aryaan-

Comments

  1. hahahaha..aku termasuk dalam salah satu kategori kahwin lambat ni..sampai sekarang bujang lagi..hahaha

    ReplyDelete
  2. hi salam jumaat :)

    pendapat saya kan..tu semua terjadi bila perempuan mula bekerja :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR