Apa yang diinginkan dari dunia blog ni???
Assalamualaikum & salam sejahtera semua.
Sejak kebelakangan ini banyak blogger baru muncul tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kuasa blog dan remaja (yang patik perasan) banyak sangat dipengaruhi oleh kawan-kawan dan sebagainya. Ada yang menjadikan blog sebagai tempat luahan rasa, perkongsian dan ada yang menjadikan blog sebagai tepat mencari rezeki dengan menjual barangan secara online. Begitu hebat kuasa blog dewasa ini.
Tapi apa yang korang inginkan dari berblog ni???
---> untuk mendapat nama dan dikenali oleh ramai orang?
---> untuk mendapat ganjaran/wang ringgit dari iklan2 yang dipasang?
---> untuk menjadikan blog korang tu sebagai diari digital ko orang?
---> untuk mempromosi produk-produk korang (perniagaan online) ?
---> untuk dijadikan medium sebagai tempat ko orang lontarkan pendapat atau fakta yang ikhlas dari diri ko orang sendiri?
---> untuk menunjukkan ko orang juga tidak jauh ketinggalan dalam teknologi arus perdana ini?
---> untuk menunjukkan yang ko orang ini berpengaruh?
---> sekadar untuk mengisi lapang walaupun tau tak de sape nak baca blog kita tu?
---> untuk mengenali dengan lebih ramai rakan-rakan baru?
Betul, lain orang lain kemahuannya. Tapi bergantung kepada NIAT kita dalam berblog. Masing-masing patik pasti ade niat sendiri. Kalau baik, maka baik laaa nanti. Kalau tidak, maka tidak laaa nanti. As simple as that.
Jadi ape tujuan korang berblog ek????
-Ahmad Fauzi Aryaan-
menulis :)
ReplyDeletehehe
erk....terasa ngan statement ni "untuk menjadikan blog korang tu sebagai diari digital ko orang?" hahahaah....btw, fungsi sebenar aku berblogging adalah utk menjatuhkan blogger2 laen...kah3... #ok tipu :P
ReplyDeleteteringin jd femes mcm org tua Pojie, ada ramai peminat... :p
ReplyDeletesaje jewk..boleh terima tak alasan tue?
ReplyDeleteuntuk menghiburkan orang selain menjadikan blog tempat untuk mencari rezeki..hehehe
ReplyDeletesaya pun suka
ReplyDeleteBERBLOG~~~~
Weeeeeeeeee
Sy suke berblogging!
ReplyDeleteDapat ramai kawan hebat2..!
melalui blogging NAL dapat byk info dan ape yg best kita dapat saling berkongsi ilmu yg ada. Bonus lak bile dapat pulak kawan baru, walaupun hanya di alam maya ni tapi kita boleh plan untuk berjumpa di alam nyata.
ReplyDeletesekadar isi masa lapang sajer. and cuba untuk jadi lebih berteknologi. ekekeke
ReplyDeleteblogging sekadar mahu menulis, mengisi masa lapang dan mahu berkawan dengan rakan-rakan baru :)
ReplyDeletesekadar nk berkongsi cerita, suka duka, dpt tau pengalaman org lain juga.. erm,kalau xde orang nak dengar pun takpe-atleast lega lah sikit kan rasa hati
ReplyDeletesaja sebagai tempat luahan perasaan dan perkongsian rasa aje....pengganti pada konsep diari....tapi kan, tak sangka dengan berblog, dpt ramai kawan dan perkongsian ilmu secara tak langsung....terpulang pada niat kita dan penerimaan org lain!
ReplyDelete