Pilihan terbaik atau tidak

Bila melihat karikatur ni, patik baru tersedar dengan apa yang berlaku sepanjang patik menyambung pelajaran di peringkat Master ni. Teringat patik akan peristiwa sebelum nak habis belajar masa degree, patik telah dilamar untuk menyambung diperingkat Master. Tak dapat nak dinafikan lagi memang seronok kot bila kita dilamar untuk menyambung diperingkat yangg lebih tinggi. Kalau ditanya sesiapa jee mesti korang akan tau jawapannya mesti serupa dengan apa yang patik rasa.
Bila dah merasa sendiri time dah sambung Master ni, gambaran seperti diatas telah patik merasa. Berkejar dengan due date, kene brain wash, kena marah dengan penyelia dan sebagainya telah menjadi asam garam kehidupan sebagai seorang pelajar. Semua patik dah merasa, tapi itu semua tidak mematahkan semangat dan ianya adalah untuk kebaikan patik juga. Apa yang penyelia patik ingin, akan patik cuba perolehinya. Lumrah kepada sesiapa yang menyambung pengajian di peringkat Master dan PhD. Kalau korang tak caye, korang bole laa tanya sesiapa saja yang menyambung pengajian sehingga ke peringkat ini.
Bagi patik yang menyambung dalam bidang penyelidikan ni, apa yang kita harapkan kadangkala tak akan dapat. Sebagai contoh kita berharap supaya penyelidikan kita mendapat jawapan A, tapi lepas kita buat kita tak dapat jawapan seperti yang kita anggap. memang agak tekanan sebab kita perlu menjawab dengan penyelia kita kenapa benda ni terjadi. Jadi, kita kena mencari kenapa, kenapa dan kenapa.
Tapi bila tengok ilustrasi kartun ni agak lawak laaa dan mungkin ini yang patik akan merasa nanti dimasa-masa hadapan sekiranya patik ingin menyambung lagi pengajian patik diperingkat yang lebih tinggi. Hehehe. 'Disana' lah nanti penyelidikannye akan berakhir. Tak pe laaa, yang penting patik nak habiskan apa yang telah patik pilih ini. Pilihan yang terbaik atau tidak semuanya mesti ada hikmah yang hanya 'DIA' lebih mengetahui. Semoga menjadi yang terbaik buat patik.
-Ahmad Fauzi Aryaan-
saya akan berada bersama2 mereka yang ada phD nanti... mesti... mesti..!!
ReplyDeleteSemoga berjaya mendapat master/phd.
ReplyDeleteKo buat PHD ke skg pojie? terbaik teruskan!
betul....br habis wat research....
ReplyDeletemesti orng y buat master ni gile cekal orangnyer kan.. gigih n berjiwe besar.. hehe.. kami2 yang degrreee ni selalu give up.. nak sambung master .. haish.. haha.. apepun semoga your research berjaya n dapat keputusan y cemerlang dr masa ke semasa.. :D
ReplyDeletebanyak betul dugaan nak kene tempuh...sy yng baru lepas abes dip nih pon rase macam tak larat..entah macam manelah dengan korang2 yang amek degree..master semua nih!
ReplyDeleteok sentap gambar ni.biaselah masa zaman kecik2 dulu bukan taw pape main sebot je, bila dh lalui baru rasa susahnya
ReplyDeleteCabaran menantiku pula..
ReplyDeleteDoakan moga saya berjaya sambung MASTER bulan 9 ni,,..amin,.
terbaik...hawizpon nk continue blajar..doakan master keh..
ReplyDeleteeddy syrol :
ReplyDeleteinsyaAllah..
SK:
ReplyDeletetengah buat master laaa..ni pon lame kemain dh ni..
Ayuni:
ReplyDeletewaahhh yuni pon researcher ek??
Nur Farah Hani:
ReplyDeleteamin...berharap begitu jga..
luqman zakaria :
ReplyDeletexpe baanyak lg masa..
Rozuan Ismail :
ReplyDeletedh merase baru tau..
DanieL AdiE:
ReplyDeletekmu mengajar sure buat course work master kn???
hawiz:
ReplyDeletesemoga berjaya yee hawiz..