Qasidah bukan nama seorang wanita
Assalamualaikum &salam sejahtera semua.
![]() |
Kumpulan Qasidah Tahfiz |
Korang tau tak apa dia qasidah???? Qasidah ni adalah seperti syair yang amat popular di negara timur tengah. Qasidah ni adalah syair yang memuji-muji dan mengucapkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW.
Nahhhh tiba-tiba patik menjadi ala-ala pak ustaz untuk entry kali ni plk yee. Sebenarnya bukan ape. Patik hanya ingin berkongsi apa yang berlaku semasa patik menghadiri majlis cukur jambul di kampung patik yang terletak di Banting Selangor.
Seperti kebiasaannya majlis cukur jambul kita hanya akan mendengar alunan ayat-ayat dari berzanji saja. Tetapi kelainan untuk majlis kali ini adalah kehadiran kumpulan Qasidah dari sebuah sekolah tahfiz di Banting, Selangor membuatkan majlis cukur jambul cucu pakcik patik dirumahnya agak meriah.
![]() |
Kumpulan yang mendendangkan qasidah |
Kumpulan ini terdiri daripada kumpulan yang hanya bersyair menyanyikan lagu-lagu puisi tetapi juga sebuah lagi kumpulan yang akan bermain alat muzik yang dibawa bersama. Bagi patik, qasidah ni serupa dikir barat dimana siketua akan mendendangkan qasidah dan kemudian ianya akan diikuti oleh rakan yang lain. Cuma tiada pergerakan seperti dikir barat laa ye.
Kelainan yang selalu dilakukan, sehabis saja majlis berzanji tidak ada apa-apa lagu yang dimainkan. Tatapi kali ini, selepas majlis berzanji, lahu-lagu qasidah akan dimainkan.
![]() |
Kumpulan yang bermain alat muzik |
Sebenarnya ini adalah kali pertama patik melihat kumpulan yang menyanyikan qasidah. Memang sedap, merdu dan mendayu-dayu jeee dengan ayat-ayat suci. Sepupu sepapat patik yang lain pun memuji dengan kumpulan ini. Mungkin kelainan ini akan membuatkan anak muda akan lebih rasa dekat dihati mereka disebabkan adanya alat muzik yang mengiringi dendangan qasidah tersebut.
Apa yang boleh patik kata, remaja-remaja dari sekolah bukan saja menghafal ayat-ayat al-quran, tetapi mereka didedahkan dengan aktiviti luar selain bercampur dengan masyarakat sekeliling seperti menghadiri majlis seperti ini. Semoga anak-anak muda ini akan terus dalam menjadikan agama sebagai utama kerana patik melihat anak muda remaja kini dah jauh menyimpang.
Sekian buat kali ini. terima kasih diatas kunjungan dan perhatian korang kat blog patik ni. Semoga perkongsian patik ni boleh menambah sedikit informasi untuk korang semua. Dan akhir sekali patik tinggalkan korang dengan contoh qasidah yang pernah patik dengar sebelum ini.
-Ahmad Fauzi Aryaan-
huhu.dah taw. ingtkan awek nama Qasidah.huhu
ReplyDeletebaru ku tahu. nice info :)
ReplyDeleteqasidah, :) nice sharing bro
ReplyDeleteBeta datang tumpang membaca...hehehe...
ReplyDeleteassalamualaikum, t.kasih kunjugan anda di blog sy..
ReplyDeleteorg banting ea?...memang best bebudak remaja sana terdidik dgn akhlak mulia dan aktiviti bermasyarakat...dah lama sy x dgr qasidah...kuih kasidah penah dgr x?..:)
Rozuan Ismail:
ReplyDeletepatik bru 1st time dgr..
Izzah Ab Aziz :
ReplyDeletesme laa dgn patik..sbb dpt tgk ni bru nk share..
MawardiYunus :
ReplyDeletehehehe...time kasih baca yee..
kakcik :
ReplyDeletetime kasih kakcik beta...hehehe
[PCL] :
ReplyDeletehaah kampung patik dekat banting. Ni jemputan yang pakcik patik buat. So ras bertuah laa dpt tengok qasidah ni live..