Selamat tinggal Malaysia
Selesai juga satu lagi urusa patik berkenaan perjalanan jauh patik. Sebagai pelajar UiTM Shah Alam, urusan keluar negara mesti diberitahu kepada pihak HEP untuk memastikan segala insurans dan juga apa jua perkara mesti dilakukan sekiranya berlaku sesuatu disana.
Banyak perkara yang perlu patik pertimbangkan untuk kesana termasuklah kawasan penginapan, makanan dan sebagainya kerana ini adalah perjalanan pertama kali patik jauh dari Malaysia. Segala permohonan telah selamat patik uruskan dan hanya tinggal membuat visa yang patik rasa dah nak dekat nanti baru patik buat.
Perjalanan seramai 9 orang dan patik adalah SEORANG LELAKI menjadikan perjalanan nanti agak menarik. Ini kerana, patik perlu tinggal bersama meraka didalam 1 rumah disebabkan faktor tertentu termasuklah kos penginapan kerana jika patik tinggal seorang memang tinggi. Maka patik lebih rela untuk tinggal serumah dengan mereka. Tak pe laaa patik terima jeee dengan redha. Heheheh. Mujurlah mereka ni adalah kenalan rapat patik dan patik serasi dengan mereka plus mereka juga tidak kisah if patik tinggal bersama mereka nanti.
Apa pun ini mungkin perjalanan patik yang sungguh menarik yang jauh dari keluarga dan memerlukan kami sama-sama bersusah senang bersama. Doakan persiapan patik dan rakan-rakan nak pergi jauh ni selamat segalanya.
-Ahmad Fauzi Aryaan-
wahhh hebat!! tahniah weh...smga dpt jalankan tugas dgn baik....
ReplyDeletesemoga selamat pergi dan selamat pulang nanti. :)
ReplyDeletekt china xde kne tngkp basah ehehe jgn risau ... HOHO .. tuanku kne jga diri ye kt sane, hati2 .. nk tau first time aku pg china kitorg bwk roti, tuna, megi dan bnyk mknan segera sbb takut xde mknanan halal..hari2 mkn semua tu hahaha
ReplyDeletesemoga perjalanan ke sana lancar aje ok
ReplyDeleteko jgn nk menggedik lak kt sne nnti.. ooppsss~~
ReplyDeleteselamat jalan romeo.. hik3~
ReplyDeleteselamat jalan bro. berhati2 di perantauan. jaga diri baik2. dan paling penting. jangan pakai seluar koyak. nanti jadi tatapan mata awek2 tu plak nanti.hahaha
ReplyDeletejaga makanan anda. jangan termakan yg tak halal ye.. hehe
ReplyDeletecongratulations n good luck! ;)
ReplyDeletetahniah dapat pergi luar negare..
ReplyDelete