Episod 1: Guangzhou, China

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Fuhhh masalah internet kat sini agak melampau sehingga patik tidak dapat nak update kisah patik disini. Jadi hari ni patik akan mulakan Episod 1: Guangzhou, China patik ini.


Seawal 1.30 pagi 11 julai 2012 patik telah bergerak ke LCCT untuk menunggu flight patik pada pukul 5.30 pagi hari tersebut. Memang excited gile laaa untuk Guangzhou, China kerana ini adalah kali pertama patik ke luar dari Malaysia. Nak kata mengantuk tu memang gile laaa tapi nak buat macam mana, hanya menunggu sehingga masa berangat nanti baru laa bole tidur dengan nyenyak.



Patik bersama 5 orang kawan patik, yang kesemuanya adalah perempuan menunggu dengan penuh sabar.  Lebih kurang jam 3 pagi baru laa kami bersedia untuk kaunter untuk menimbang dan menghantar beg ke dalam peruut flight. Kami hanya menempah untuk 15 kg berat tetapi dek kerana beg patik penuh dengan makanan dalam tin, berat menjadi 24++ kg. Terlebih 10 kilo. Setiap kilo yang lebih akan dicharge dengan RM45/kg. Gile ko!!! Jadi patik buang segala baju dan sedikit makanan beralih ke beg kawan patik yang lain. Mujur laa mereka ni ada. Kalau tak memang tong sampah laa jawabnya. 

Bila semuanya sudah selesai, kami menunggu dibahagian imegresen untuk memeriksa pasport dan segala apa yang ada dibadan. Alhamdulillah mudah jeee perjalanan kami semua selesai. 

Lebih kurang pukul 5 pagi kami semua telah dibenarkan untuk ke pesawat kami iaitu AK1012 Kuala Lumpur-Guangzhou yang sedia menunggu. Perghhh memang sangat-sangat teruja untuk naik flight kali ni sebabnya kali ni patik pergi bersama-sama kawan patik. Kalau selalu tu hanya pergi sendiri jeee.




Di dalam pesawat kami diberi penerangan ringkas seperti biasa oleh anak kapal yang comel-comel yang sangat-sangat membantu. Kebanyakan penumpang didalam pesawat tersebut adalah warga China sendiri yang patik pun pelik apa tujuan mereka disini. Perjalanan yang memakan masa 4 jam lebih ini agak meletihkan. Jenuh laa patik dok menahan mata yang mengantuk disebakan keadaan ruang yang sempit dan mungkin tidak biasa. 

Kami diberi sarapan pagi pada pukl 7 pagi. Patik telah menempah makanan secara online. So mudah jee laaa depa ni terus bagi apa yang telah patik tempah. Kali ni patik makan nasi goreng bersama satay disebabkan mungkin nanti payah nak jumpa nasi. 

Lebih kurang 1 jam sebelum mendarat, kami sema diberikan sekeping 'Departure Card' untuk diisi dan akan diberikan semasa melewati bahagian imegresen di air port nanti. Kesulitan untuk mengisi kad ini akan menyusahkan kita nanti di imegresen. 




Lebih kurang pukul 11 pagi kami selamat mendarat di Guangzhou Baiyun International Airpot.



Keadaan di airport sangat laa ramai dengan manusia dari seluruh dunia. Alhamdulillah urusan kami di bahagian imegresen juga mudah. Lepas jee selesai dibahagian imegresen, baru laaa kami mengambil beg kami yang besar gile dibahagian beg tiba untuk meneruskan perjalanan ke hotel dengan menaiki train Metro yang menjadi kenderaan agak penting disini. 

Nampaknya ini saja buat masa ni. Nantikan entri patik untuk Episod 2: Guangzhou, China patik yee.

p/s: meneruskan jalan-jalan di kota Guangzhou, China

-Ahmad Fauzi Aryaan-

Comments

  1. wah!besnye....x sabar nk tunggu episod2 lain..hhehe..

    ReplyDelete
  2. makanan atas pesawat tu cam remy kenal jer......he3....
    next entry tak sabar nak tunggu.......

    ReplyDelete
  3. syok tu, bestnye g china.. nape xajak ;( hehehe

    ReplyDelete
  4. wahhh bestnya weh...all the best ok..

    ReplyDelete
  5. aku pernah dengar jugak pasal ni. kalau beg kita berat daripada apa yang ditetapkan, memang diorang akan charger.. bukan sikit, banyak tu dia charge

    ReplyDelete
  6. aku naik air asia, bosan dok tgh2..xdt tgk view langit huuuuuuuuuuuuuuu~~~~~~~~~~~~~~~~

    ReplyDelete
  7. lebih kurang 10jam la berada dalam AA...apa bikin dlm tu?? tidur je ka?? hehehe

    ReplyDelete
  8. fuhhh...dari entry pertama mmg dah cerita details ek..
    maklumat sumer jelas2 belaka..
    :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN