Episod 6: Guangzhou, China

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Perjalanan patik di kota Guangzhou diteruskan dengan melawat kawasan yang mungkin diminati oleh kaum perempuan dan mungkin boleh jadi meroyan kepada pereka fashion. Tempat yang dipanggil DUNIA TEXTILE ni sememangnya akan menduga poket-poket kalian bila sampai kat sini. Mana tak nye, dengan harga yang sangat berpatutan dan harga tersebut tidak mungkin akan dapat di Malaysia. 




Selamat datang ke Pusat Fabriks dan aksesori China. Kalau korang nak tau besar tempat ini lebih kurang AEON Bukit Tinggi. Keseluruhan tempat ini menjual segala tok nenek jenis kain. Dari kain yang semurah-murah sehinggalah kain yang semahal-mahal seperti Sutera China yang menjadi kegilaan patik dan kawan-kawan patik untuk membelinya. 


Sebelum menuju ke Pusat fabrik dan aksesori, korang akan melalui deretan kedai yang menjual segala jenis renda, butang-butang, kain yang pelik-pelik dilihat termasuklah kain berbulu-bulu. Kire kat Jakel, Nagoya pon kalah laaaa.Patik yakin dekat Malaysia tempat seperti ini memang tiada.


Korang boleh tengok deretan kedai yang menjual segala jenis kain yang kepada sesiapa yang melihatnya akan terkedu dengan kehebatan tempat ini. Kire kalau korang bawak duit tu patik yakin memang akan habis dekat sini je. Hehee...


Bila masuk jeee kat dalam pusat fabrik dan aksesori ini, korang akan terpaku dengan ratusan kedai yang menjual segala jenis kain. Seingat patik pusat ini mempunyai 5 tingkat yang kesemuanya menjual segala yang berkaitan dengan kain dan aksesori.


Bagi sesiapa yang ke China patik tidak akan melepaskan peluang untuk membeli sutera china dan juga kain yang selalu dibuat baju style china seperti cheongsam. Harga yang ditawarkan adalah sangat mampu dimiliki. Paik sempat laaa ambil 2 helai kain sutera china dan sehelai kain jenis cheongsam untuk patik buat baju atas baju melayu. 

Kami dekat sini jeee mengambil masa dekat  6 jam lebih kerana konsep disini jika tiada stok didalam kedai mereka akan menjanjikan kain tersebut akan ada dalam masa 1- 2 jam. Mungkin mereka mengambilnya ditempat lain, tu yang sampai 1-2 jam menunggu tu. 


Sebagai upah sebab penat menunggu hampir 6 jam, kami terus ke kawasan Xiobie untuk mencari makanan halal. Selalunya 1 hidangan ni kami akan berkongsi 2 orang, tapi mungkin disebabkan nafsu yang bagai nak gile ni, kami masing-masing memesan 1 hidangan setiap seorang yang harganya 70 yuan bersamaan RM35 setiap 1 hidangan. Gileee mahal ok (kat Malaysia tak pernah makan semahal ni)!!!!

Nahh itu saja entri patik untuk kali ni. Nampaknya episod terakhir akan menyusul selepas ini dan sesi Give Away patik juga akan muncul selepas itu. Terima kasih kerana sudi menjengah blog patik dan membaca segala entri yang patik post kan. Semoga perkongsian ini akan memberi gambaran patik disana.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

Comments

  1. wah, shopping best ni. Banyak ke shopping nyer?

    ReplyDelete
  2. x minat sgt shopping~ tpi makanan bnyk tuh 35...hohoho... mahal woaa...

    ReplyDelete
  3. Tempah kain segulung...muahahahah

    ReplyDelete
  4. wah..mesti puas hatinye kalau nak beli kain kat sini ,besar kot..patutlah byk pakej melancong ke beijing untuk shopping jer.,

    ReplyDelete
  5. seronoknye menyopping.. nasib baiklah saya ni kurang berminat shopping2 ni.. tp sesekali mesti rambang mata kan kalau pilihan dah byk sgt depan mata tu ;)

    ReplyDelete
  6. barangan china lebih murah.......
    puas lah kalau pi shopping......

    ReplyDelete
  7. ohh..syok..cuci mata nengok tempat org..pandai "patik" ambik gmbr..
    (nak pegi sendiri tak mampu..)
    :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN