Gathering Iftar 2012 Bloggers & Friends

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Sabtu lepas patik telah menghadiri 1 majlis gathering iftar 2012 blogger and friends bertempat di Ar-Rayyan Kids Kelana Jaya. Majlis ini sebenarnya adalah untuk memperkenalkan Ar-Rayyan Kids dan mengumpulkan rakan-rakan blogger serta rakan-rakan lain untuk sama-sama berkenal-kenalan dan mengeratkan silaturrahim dianatara 1 sama lain.

Sebenarnya ini adalah kali pertama patik berpeluang menyertai majlis seperti ini. Bagi patik majlis iftar yang patik sertai ini sangat  bermanfaat. Kita bukan saja dapat berkumpul dan berkongsi cerita tetapi kita dapat sama-sama berbuka, solat berjemaat maghrib isyak dan berterawih bersama dan yang paling best adalah game santai diakhir majlis tersebut. Bagi patik majlis kali ini agak berlainan kerana disertai oleh blogger-blogger yang dah retis dan glamer seperti Nisa kay, Hizami Rahim, Daniel Adie, Pojiepooh, Qarl-haikal, Syafik Rosli, Wan Fuyooo, Lutfi Syafiq, Eazy Izzudin, Adam Arjuna dan ramai lagi. Agak malu sedikit disitu, tetapi patik cuba sebaik mungkin untuk bercampur dengan mereka. Maklom laa inilah kali pertama berjumpa secara live.


 


Majlis dimulakan dengan sesi ucapan pembukaan oleh pihak penganjur dan seterusnya sambil menunggu azan maghrib, sesi dekorasi kek diadakan diantara kumpulan. Setiap kumulan diberi masa 30 minit untuk mendekorasikan kek tersebut. Kami kemudiannya berbuka secara simple dan seterusnya menunaikan solat maghrib secara berjemaah. 

Selesai solat maghrib berjemaah, kami semua dihidangkan dengan makanan yang berkonsepkan potluck dimana setiap blogger dikehendaki membawa sedikit juadah untuk berbuka. Alhamdulillah makanan yang disajikan oleh semua orang sedap-sedap belaka. 



Selesai berbuka, kami sama-sama berkumpul untuk sesi bertaaruf dan sesi berkenalan diantara 1 sama lain. Mungkin ada yang tidak mengenali dan inilah masanya untuk berkenalan. Istimewanya majlis kali ini, penganjur telah menjemput salah seorang peserta Imam Muda musim ke 3 iaitu Imam Muda Omar. So dengan kehadiran beliau ni, dapatlah sama-sama berkongsi ilmu didalam majlis tazkirah ringkas oleh beliau.

Solat isyak dan solat terawih kami juga telah diimamkan oleh Imam Muda Omar dan seorang kawan baru kami secara bergilir. Selesai segala urusan 'ukhrowi' , kami pun meneruskan agenda iaitu permainan santai. Memang masing-masing menunjukan diri masing-masing laa time ni. Dengan keletah dan hilai tawa, hilang laa stress sedikit sebanyak.


Secara keseluruhannya, majlis ini bukan saja dapat mengeratkan sesama kita, tetapi sesi berjemaah bersama tu sangat manis bagi patik. Bak kate orang, gembira-gembira juga, dunia kita dapat akhirat pon kita dapat.

Informasi berkenaan Ar-Rayaan Kids

 

Ar-Rayaan Kids (ARK) ni telah dibuka pada June 2012 berpusat di Kelana Jaya dan telah baru-baru ini telah melebarkan sayap cawangannya di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Bagi patik ARK ini adalah sebuah alternatif pendidikan pra sekolah untuk anak-anak kecil kita. 

Di ARK ini, anak-anak ini bukan saja dididik dengan pendidikan biasa (seperti BM, English, Math dan sebagainya), tetapi mereka juga diajar bab agama seperti iqra' , latihan solat dan sebagainya. Selain itu aktiviti memasak, berkebun dan juga kesenian diterapkan kedalam diri anak-anak disini. Ini adalah sesuatu kelainan dari ARK kepada sesiapa yang mengikuti pendidikan pra sekolah disini.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Ar-Rayyan Kids ini, boleh laaa melawat Facebook mereka [DISINI] untuk sebarang pertanyaan dan rundingan.

p/s: gambar ihsan dari Adam Arjuna

-Ahmad Fauzi Aryaan-

Comments

  1. Assalam...slm nuzul quraan..slm ramadhan juga...nampak sungguh meriah majlis iftar tersebut...moga bertambah2 ukhuwah kalian...Wow ! bloggers fames pon turut bersama2.

    ReplyDelete
  2. fuhh.... best nya.. ternyata semuanya blogger2 retis...huhuhu... bagus2 ada majlis mcm ni... perlu diteruskn lagi utk hari2 yg akan dtg =)

    ReplyDelete
  3. mesti seronok kan... ukhwah sesama blogger amat best.

    ReplyDelete
  4. mesti seronok kan AFA... dapat mengeratkan silatulrahim sesama bloggers.......
    pastu yg tahap retis pulak... afa pun dah setaraf ler....

    ReplyDelete
  5. Sangat meriah! Bestnya kalau dapt join.. anyway, Salam nuzul quran ;)

    ReplyDelete
  6. Akhirnya dapat jumpe Patik...

    Nice meeting U..

    Ada peluang, leh jumpe lagi..

    ReplyDelete
  7. Macam best je. Meriah.. Kalau dapat peluang, nak ikut sekaki lah. Hehe!

    ReplyDelete
  8. bestnyaaaa, xajak! hahahha #eh!

    ReplyDelete
  9. Hee..dapat gak jumpa Ahmad Fauzi Aryaan a.k.a Patik ni..sorry x sempat berbual panjang pon...insyaallah nanti kita jumpa lagi k. :)

    ReplyDelete
  10. untunglahhh retiss berkumpul ahahhah!!..:P

    ReplyDelete
  11. akhirnya anda join jugak kan...

    next mahu join x?

    x serik kan?

    happening kan?

    haha

    ReplyDelete
  12. Great entry.. :) baca ni tersenyum sbb teringat balik aktiviti y dijalankan.

    ReplyDelete
  13. knpa takde sape yg ajak aku? aku pun retis jugak.. kahkahakh :p

    ReplyDelete
  14. [PCL] :
    betoi..ramai blogger glamer yg mai..agak malu sikit kat situ..

    ReplyDelete
  15. Syakir Rahman:
    wajar diteruskan dan ramai2 join..mesti gempak kn..

    ReplyDelete
  16. amier_fekhry:
    moment tu yg paling mahal..

    ReplyDelete
  17. Remy hazza :
    mereka ni lg retis laa..AFA hanya besa2 jee..segan laa dgn depa ni yg retis...

    ReplyDelete
  18. bukankosong :
    hehehe..best wokkk..

    ReplyDelete
  19. Umar :
    tu laaa klu ramai lg best kot..pas ni bole laa Umar join ek..

    ReplyDelete
  20. [k]o{q}i[n] :
    kenapa yee koqin???nk join ke???aku pon dpt jemputan jee

    ReplyDelete
  21. DanieL AdiE :
    same laa akhirnya jumpa adie & zami secara face to face..tp still ade segan2 kan..xpe laa myb pas ni ok kot..

    owhh yee nanti jemput2 laaa insyallah mai punya..

    ReplyDelete
  22. Abe Mirul:
    ni sikit jee gambarnya..klu tgk mmg happening yee..

    ReplyDelete
  23. Chef Kampung :
    alaaa...nanti ajak laa ek..

    ReplyDelete
  24. Nabil Aizat Abdul Rahman :
    hehehe..same laaa akhirnya dpt jumpa isan yg pandai buat kek segala ni. Neway cake velvet mmg SUPERB sedap...still teringt2 ni..

    ReplyDelete
  25. Fiq Fikri :
    km berkumpul pon still sebut2 nme ko tau pokcik...

    ReplyDelete
  26. mr.syazwan :
    harus laa nak join. nanti jemput2 laa ek.

    jawpannye TAK SERIK...hahhaa..

    ReplyDelete
  27. Karl Hummingbird :
    TQ karl..nice to see u too...

    ReplyDelete
  28. hafiz hafizol :
    sbb ko retis yg hebat kot..hehehe..

    ReplyDelete
  29. first time jumpa anda...
    patik terharu
    eh
    hehe

    ReplyDelete
  30. seronok jugak gather2 sambil iftar mcm ni kan...saya iftar kat rumah jerrr

    ReplyDelete
  31. bestnye perhimpunan retis semua...pojie, when u wnt meet me?

    ReplyDelete
  32. Salam pojie!
    Sorry tak borak sgt masa tu.
    pemalu kononnya.
    Nanti kalau ada masa kita lepak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN