Utamakan keselamatan anak anda
Sebelum ini patik hanya mengetahui kisah budak kecil yang terperangkap didalam kereta sendiri dan sebagainya. Tapi kejadian tersebut telah terkena dibatang hidung patik sendiri. Baru laa patik tau bagaimana tak senang duduk bila kejadian malang ini terjadi.
Kelmarin kejadian yang tidak diingini telah berlaku terhadap anak buah patik. Semasa abang patik sedang membaca paper diluar kereta, budak kecik ni (anak abang patik) telah memegang kunci lalu menekan remote kereta dan akhirnya dia sendiri terkunci didalam kereta tersebut. Ya Allah. Hanya tuhan jee yang tahu betapa cuaknya keadaan tersebut. Mujurlah ada seorang hamba Allah yang pandai bab kereta dan telah menyelamatkan anak buah patik sorang ni. Alhamdulillah.
So nasihat patik kepada semua. Tak kira apa yang anda ingin lakukan, pastikan anak kecil ini diutamakan. Silap bila sambil lewa, kejadian kecelakaan yang tak diingini akan terjadi.
-Ahmad Fauzi Aryaan-
keselamatan mereka sangat penting. Kat Langkawi ni ade kes pelancong langgar anak sendiri dengan kereta. Parents dia ingat anak dah masuk dalam kereta, sekali undur langgar anak sendiri. akhirnya, meninggal.
ReplyDeletepekara remeh yg kekadang kita lupa.... kalau tak jadi apa2..alhamdulillah...tapi kalau dah membawa kepada kehilangan ataupun kemalangan.... penyesalan sepanjang hayat.... kena berhati2 sentiasa...
ReplyDeletenasib baik takde pape...lpas ni kene hati2
ReplyDelete