Jom Masak: Kari Ikan Sardin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Baru patik perasan, rupanya masa-masa kat rumah ni laaa macam-macam patik boleh update blog patik. Dan antara yang bole patik update adalah berkenaan resepi. Yesss resepi yang patik baru belajar dekat mak patik siang tadi. Resepi ni bagi sesetengah orang adalah biasa jeee. Tapi bagi patik ianya adalah baru bagi patik.

Resepi yang patik nak share dengan korang ni adalah resepi Kari Ikan Sardin. So kat bawah ni patik ade sediakan senarai resepi dan juga cara memasaknya. Sungguh mudah dan

Bahan-bahan

  • 1 tin besar sardin  
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 10 sudu besar - Serbuk Kari Ikan
  • 2 keping asam keping
  • 1 ulas halia besar ibu jari
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang besar
  • Santan kelapa (ikut banyak mana yang nak)
  • 5 biji kentang
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

Cara-cara

  1. Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar halus
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar dan juga cili kisar sampai nampak pecah minyak
  3. Tumiskan kari yang dah dicampur air tadi sampai naik bau kari tu 
  4. Masukkan kentang dan tunggu sampai empuk (tambahkan air jika perlu bagi mengempukkan kentang)
  5. Masukkan santan yang telah diperah
  6. Masukkan ikan sardin biarkan didih sekejap dan akhir sekali asam keping
  7. Bila dah mendidih,masukkan garam secukup rasa


Tadaaaaa dan ini laaa hasilnya. Korang bole laa cuba kari ni. Sesuai dimakan dengan nasi mahupun apa-ape yang korang suka ikot tekak korang laaa ye.

Selamat mencuba dan sehingga berjumpa lagi dilain entri yeee.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

Comments

  1. Kebetulan plak masak ikan sardin hari ni. tp bukan kari la, just sardin masak biasa2. bleh try yg ni nxt time. =)

    ReplyDelete
  2. kari sardin jarang masak..tapi kalau sardin masak lemak cili api mmg Favorited sgt ^_^

    ReplyDelete
  3. lebih sedap untuk naik baunye ketukkan 2 batang serai semasa menumis rempah tadi... selamat mencuba hehe...

    ReplyDelete
  4. ecece...masak kari nampak... cicah ngan roti canai ah, baru careee...

    ReplyDelete
  5. sardin masak lemak cili padi pon sedap tau! acer try...:)

    ReplyDelete
  6. teringat zaman student dulu....menu sardin yg dipelbagaikan...... he3

    ReplyDelete
  7. salam super sahabat,
    tetap semangat dan sukses selalu ya
    ditunggu kunjungan baliknya :)

    ReplyDelete
  8. salam super sahabat,
    tetap semangat dan sukses selalu ya
    ditunggu kunjungan baliknya :)

    ReplyDelete
  9. salam super sahabat,
    tetap semangat dan sukses selalu ya
    ditunggu kunjungan baliknya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN