Selamat berkonvo

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor Universiti Teknologi MARA, Istiadat Konvokesyen kali yang ke-77 diadakah dari 24 November 2012 sehingga 6 Disember 2012. Untuk konvekesyen kali ini, salah seorang dari kawan patik telah selamat berkonvo untuk Ijazah Master beliau. 

Bersama 2 line dilengan jubah konvo untuk pemegang Master

Sebenarnya kawan patik ni adalah kawan sama-sama lab patik dan rezeki beliau untuk tamat lebih awal dari patik. Tahniah Fara Fazel untuk Ijazah Sarjana Sains yang diperolehi.

Teringat patik pada mulanya kami sama-sama mendaftar 3 tahun yang lalu dan kini adalah tarikh keramat dimana beliau telah menerima ijazah Master yang selama ni diusahakan. 

Penyelia (jubah line merah) dan pembentu penyelia (jubah hitam) bersama Fara


Selesai majlis konvokesyen, penyelia patik telah membuat majlis makan-makan dirumah beliau tetapi malangnya patik tidak dapat turut serta atas sebab-sebab yang tak daat dielakkan. Hanya beberapa keping gambar semasa majlis sempat dikirimkan kepada patik. Kelihatan meriah dengan kehadiran kawan-kawan semakmal patik.

Apa pun Tahniah sekali lagi dari patik.

p/s: InsyaAllah tahun depan turn patik pulak berkonvo !!!!

-Ahmad Fauzi Aryaan-


Comments

  1. teringin nyer nak pakai hunter cap tu...biler ah akan tiba masanyer...

    ReplyDelete
  2. haha terase mcm nk menyarung jubah line 2 la lpas ni hahaha .. >_< tahniah utk kwn Tuanku~~

    ReplyDelete
  3. bestnyer next year nk konvo dah hoho

    ReplyDelete
  4. eh, master pakai topi petak ea?? igtkn bulat...

    ReplyDelete
  5. tahniah utk fara.... remy tumpang gembira.......

    ReplyDelete
  6. wahhhhaaaa... nanti senior pulak yg konvo... bile??? bile???

    ReplyDelete
  7. bila lah dapat rasa jubah line 2 tu .. huhu

    ReplyDelete
  8. kena target nak dapatkan 2 line jugak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN