Jemputan dari Istana Budaya
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Istana Budaya akan mengadakan Konsert Budi 3013 yang akan berlangsung pada 29-31 Januari 2013 bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur. Artis yang akan membuat persembahan seperti Jamal Abdillah, Hafiz AF, Stacy AF, Black, Jimmy Palikat dan ramai lagi. Persembahan mereka juga ini akan diiringi oleh Okestra Tradisional Malaysia.
Terima Kasih patik ucapkan kepada pihak pengurusan Istana Budaya kerana memberi patik 5 tiket free untuk menonton Konsert Budi 2013. Tapi patik punya turn adalah hari terakhir persembahan. Moga-moga dapat laaa sesuatu yang special untuk patik dan penonton lain. Bagi yang berkelapangan bolehlah terus ke Istana Budaya untuk mendapatkan pass percuma selagi stok masih ada kerana dikhabarkan pass pada 30 Januari 2013 telah habis.
Sebenarnya patik agak teruja sebabnya ini adalah peluang pertama patik untuk menjejakkan kaki masuk ke Istana Budaya yang selama ini patik hanya mendengar dan menonton kehebatan Istana Budaya.
So hurry up guys. Grab this opportunity !!!
-Ahmad Fauzi Aryaan-
-Ahmad Fauzi Aryaan-
tahniah AFA....
ReplyDeletememang best kalau tgk kat IB..... remy kan peminat setia teater......
enjoy the show....
jelesla ngan babah.. asyik dapat jemputan je.. ritu masterchef.. zwan ni xdak sapa nk jemput pon.. huhu
ReplyDeletewahhh bestnya! nak gak..haha
ReplyDeletebestnyer...untung la AFA..
ReplyDelete