Jom masuk kebun sawit

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.



Sejak berkecipung dengan pihak UPM melibatkan kebun/ladang sawit ni patik banyak balajar benda baru termasuklah masuk kedalam kebun/ladang sawit secara realiti. Kalau sebelum ni patik hanya melihat dari jauh jeee sesiapa yang masuk kedalam kebun/ladang sawit ni. Tetapi disebabkan komitmen yang menuntut patik untuk masuk kedalam dan melihat sendiri aktiviti mengait buah kelapa sawit. 

Semalam patik telah berkesempatan kekebun/ladang milik Pak Teh patik yang terletak di Banting, Selangor. Terima kasih kepada Pak teh patik atas bantuan yang diberikan untuk kerja yang patik diminta untuk lakukan. 

Sebenarnya patik telah ditugaskan untuk mengambil gambar langkah kerja yang baik didalam kebun/ladang sawit. Jadi segala pergerakan yang dilakukan oleh Pak teh patik akan patik rakamkan untuk memenuhi keperluan yang dikehendaki termasuklah dari membawa kait, mendirikan kait dan juga mengait buat sawit. 

Rupanya enjoy juga masuk dalam kebun/ladang ni ek. Siap kne gigit dek semut gatal ok. Naik bengkak-bengkak kaki patik akibat semut gatal tu. Betul orang kata, pengalaman yang tidak mungkin patik rasa kalau peluang ni tak diberikan.  Alhamdulillah dengan perangcangan dari-Nya.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

Comments

  1. pengalaman masuk ladang dan merasai sendiri memang terbaik bro.... baru kita tahu reality sebenarnya....

    ReplyDelete
  2. Banyak nyamuk dalam kebun kelapa sawit.Keluar je,gatal2 satu badan.Tapi dalam sana sejuk je..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN