Ayam Ghantari | Menu Lazat Ayam Bakar Indonesia
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Patik sempat merasai ayam ghantari ini. Memang 1 kelainan dengan menu indonesia yang sedia ada. Ayam nya yang dibakar sempurna dan ditambah dengan sambal hitam pekat yang manis-manis pedas menjadikan hidangan ini sedap. Peluh pun menitis-nitis disebabkan kepedasan tapi still nak makan lagi.
Biasa dengan menu ayam penyet? Patik yakin korang semua mesti familiar dengan manu indonesia yang sangat popular sejak kebelakangan ini. Boleh dikatakan setiap restoran yang menyediakan menu ayam penyet ini kesemuanya mempunyai rasa yang lebih kurang sama.
TERBARU !!!! AYAM GHANTARI.....
Apa kelainan yang cuba dibawa oleh AYAM GHANTARI ini dengan menu indonesia yang lain? Untuk pengetahuan semua AYAM GHANTARI menyediakan ayam bakar yang sihat dimana ayam yang digunakan adalah ayam kampung organik yang tidak langsung disuntik seperti ayam-ayam yang dijual dipasar yang mungkin boleh mengganggu kesihatan kita.
Terdapat 4 menu dari AYAM GHANTARI seperti ayam ghantari, ayam taliwang, puyuh taliwang dan iga bakar.
Ayam ghantari dan ayam taliwang ini ialah ayam organik yang dibakar dengan bumbu yang pedas menyengat dan kemudian dipersembahkan dengan potongan tempe dan potongan paru lembu yang dimasak elok.
Iga bakar adalah bahagian rusuk lembu yang dibakar dengan pilihan ghantari atau taliwang dan kemudian dipersembahkan dengan tempe dan juga paru lembu yang empuk.
Sepanjang bulan Febuari ni, pihak AYAM GHANTARI menyedia promosi HARGA HILANG AKAL dimana menu seperti ini boleh dibeli dengan harga RM2 setiap sabtu dan ahad bermula dari 6 petang sehingga 8 malam SAHAJA.
Kawan-kawan di ewana.fm pon asyik menikmati keenakkan menu dari AYAM GHANTARI ni. kak Raja Azmi, abang Nizal Mohamad dan rakan-rakan lain juga menyatakan kesedapan ini.
Terima kasih AYAM GHANTARI kerana kesudian menaja menu yang sangat sedap. Hopefully patik bolehlah merasai menu-menu yang lain nanti yeeee. Sangat-sangat boleh dipromote kepada kawan-kawan lain.
AYAM GHANTARI BEST !!!!!
Bagi sesiapa yang ingin merasai menu di AYAM GHANTARI, bolehlah kealamat berikut:
AYAM GHANTARI
Medan Selera Lokas Makana
Puchong Utama
Dibuka SETIAP HARI dari 6.00 petang sehingga 12.00 tengah malam
Facebook, Instagram, Twitter:
Ayamghantari
-Ahmad Fauzi Aryaan-
Assalamualaikum. Nampak sedap je ayam tu...
ReplyDeletesila layari laman web kami http://www.ayamghantari.biz/ untuk maklumat lanjut.
ReplyDeleteTerima kasih kerana menjamu selera di Ayam Ghantari
Sila layari laman web kami http://www.ayamghantari.biz/ untuk maklumat lanjut.
ReplyDeleteTerima kasih kerana menjamu selera di AYAM GHANTARI
sila layari laman web kami http://www.ayamghantari.biz/ untuk maklumat lanjut.
ReplyDeleteTerima kasih kerana menjamu selera di Ayam Ghantari
Memang sedap Ayam Ghantari...sos yang memikat. Menunggu Itik Ghantari pula.
ReplyDelete