ABUAIN KITCHEN STUDIO | Masak-masak blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua


Terima kasih bro Khairul Hakimi dari blog KUAHKARI kerana menjemput patik untuk sama-sama memeriahkan program masak-masak blogger bersama blogger-blogger yang bagi patik mereka ni dah patik anggap sebagai abang-abang & kakak-kakak bagi patik hehehehe dan sekali gus merasmikan pembukaan rasmi ABUAIN KITCHEN STUDIO berlokasi di Bandar Seri Putra.

Akceli patik mengenali mereka lame dah masa join gathering hari raya dalam 2 tahun lepas di Bangi. Alhamdulillah perkenalan kami tidak terhenti disitu saja. Ada saja jemputan yang mereka jemput dan kadang kala patik tidak berkesempatan untuk hadir. Tapi bagi program ni insyaAllah akan patik cuba hadiri. 




Untuk program masak-masak blogger ini terdapat 6 orang blogger yang akan berkongsi masakan expert mereka bersama hadirin. Tak silap patik, ABUAIN KITCHEN STUDIO ni adalah studio masakan yang baru dibuka. Mungkin ade kelas masakan akan dibuka disini nanti akan patik usha-usha nanti yeee. Huhu


Memeriahkan lagi majlis, Chef Adu Amran dan Masterchef Izyan Hani telah dijemput & mungkin akan berkongsi masakan mereka kepada tetamu nanti. 

Kepada semua blogger, anda semua dijemput untuk sama-sama menyokong dan memeriahkan lagi program #masakmasakblogger yang akan diadakan pada SABTU 8 Januari 2014 bermula 9.00 pagi sehingga 6.00 petang dialamat:


Abuain Kitchen Studio,
No.32-1 Jalan Seri Putra 1/2, 
Bandar Seri Putra, 
43000 Kajang, Selangor

Jumpa disana !!

-Ahmad Fauzi Aryaan-

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLAND BERSAMA KELUARGA PASCA COVID 19 (PART 1)