[FOOD] Restoran Kaw'D Burger Bakar Ampang Waterfront | Bukan sekadar burger bakar
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua



Burger bakar telah menjadi satu fenomena yang sangat dahsyat dan tidak seperti normal burger yang kita sedia tahu seperti burger biasa tepi jalan atau pun burger-burger direstoren makanan segera. Ada penggemar burger bakar yang sanggup beratur demi merasai kenikmatan mburger bakar ini. Burger bakar yang patik maksudkan ini adalah BURGER BAKAR KAW KAW.
Pada 15 Januari 2015 yang lalu patik telah dijemput bersama blogger-blogger lain oleh TATIE untuk sama-sama merasai burger yang sangat hebat diperkatakan oleh orang di Malaysia sejak kebelakangan ini berlokasi di Ampang Waterfront yang dibuka dari jam 6.00 petang hingga 2.00 pagi.
Konsep yang mereka terapkan adalah seperti kedai makan biasa dimana sesiapa saja boleh datang makan tanpa merasakan restoran ini terlalu mahal. So korang semua boleh mai bersama kawan-kawan, family dan boleh bersantai sampai kesudah kerana lokasi dia yang memang sesuai untuk bersantai.
Pelayan yang mengambil order kami sangat mesra dan sangat membantu dalam kami membuat pilihan. So tibalah masa yang ditunggu-tunggu makanan yang dicadangkan oleh pihak restoran.
Baconizer Beef Burger (RM 11.50)
Baconizer Beef Burger adalah antara burger yang menjadi pilihan tetamu disini mengandungi daging lembu yang dibakar elok dan dilapisi dengan daging salai. Daging bakarnya yang sangat juicy membuatkan ianya makin sedap ditambah dengan limpahan cheese.
Permaisuri Crispy Chicken Burger (RM12.00)
Permaisuri Crispy Chicken Burger ini juga adalah menjadi kegemaran pengunjung disini. Kepingan daging ayam yang digoreng rangup bersama tepung gorengan menjadikan ianya meletop-letop didalam mulut dan lebih sedap dengan adanya serunding ayam. Kelebihan burger disini adalah citarasanya yang kearah kita orang melayu dengan bau-bau serai didalam sos mereka.
Black Pepper Lamb Burger (RM12.00)
Black Pepper Lamb Burger menjadi pilihan pengunjung dengan limpahan sos black paper dan juga cheese yang menjadikan burger ini sedap seperti makan lamb steak. Kepada penggemar kambing mesti tidak akan melepas peluang utk merasainya.
Kaw’D Chili Potato (RM5.00)
Kaw'D Chili Potato adalah kentang yang dibakar elok empuk dan dilapisi cheese dan sos chili Maxico. Boleh dijadikan sebagai pembuka selera. Tapi patik makan time sume main dish dah selesai.
Kaw’D Spicy Marinara Spaghetti (RM9.00)
Kaw'D Spicy Marina Speghetti ini adalah menu pilihan patik. Patik akceli suke dengan spegeti. kelainan spegeti disini adalah kerana sos nya yang sangat berlainan dengan restoran-restoran makanan segera lain dan ianya dibuat dengan begitu baik sekali mengikut tekak kita orang melayu. Patik suka !!!
Chili Con Carnea (RM7.00)
Chili Con Carnea juga boleh dikelaskan sebagai pembuka selera bagi patik. Patik panggil menu ni sebagai bubur biskut kerana gaya makannya seperti makan bubur sambil kunyah biskut. Jujur patik tak pernah makan makanan seperti ini dan yesss ianya suatu kelainan. Tidak terlalu pedas dan daging hancur yang elok campuran dalam tu.
Mix Grill (Ribeye & Lamb Chop) (RM30.00)
Beef Meat Ball (Australian) (RM16.00)
Beef meat Ball (Australian) juga sedap kerana bebola daging yang dibuat sendiri dengan resepi mereka menjadikan meat ball ini sangat sedap ditambah dengan sos black paper yang diberi sentuhan ketimuran.
Nachos with Chili (RM8.00)
Nachos with Chili ini pula bagi patik sesaui dijadikan sebagai kudap-kudap bersembang. Kepingan nachos yang dicicah dengan sos daging dan juga mayonis ni sangat sedap. suatu keunikkan bagi patik yang jarang-jarang mencuba makanan western ni.
Ini pula anntara minuman yang dicadangkan oleh pihak restoran. Perghhh memang semua minuman ini sedap-sedap belaka.
Sempat juga laaa kami dibawa untuk melihat-lihat dapur penyediaan burger disini. bagi patik kondisi disini sangat bersih dan kebersihan ini penting dalam penyediaan makanan.
Terima kasih kepada Chef Zam dan juga Cik-pelayan-pengambil-order (sebab tak tau name) yang sangat baik hati melayan kami sepanjang kami berada direstoran ini.

Burger Bakar Kaw Kaw BEST !!!!!
Bagi sesiapa yang ingin mencuba Burger Bakar Kaw Kaw ini korang boleh kealamat berikut atau call untuk tujuan booking.
RESTORAN KAW'D AMPANG WATERFRONT
No. 46, Jalan AFW 3,
Ampang Waterfront,
68000 Ampang, Selangor.
ATAU
Zul- 017-3250244
Nita- 012-6276547
-Ahmad Fauzi Aryaan-
Lapor Plak Nengok...
ReplyDeleteJum Join Mini GA
shafiqhashim.blogspot.com