[TRAVEL] GAHARU TEA VALLEY | Pusat Perlancongan Gopeng
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kalau di Pahang, kita ada Cameron Highland dimana kita boleh lihat pemandangan terbentang luas pohon-pohon teh. Tetapi di Gopeng, Perak keadaan yang hampir-hampir serupa dengan Cameron Highlands menjadi 1 tarikan percutian disini sesuai dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 iaitu GAHARU TEA VALLEY. Apa yang menarik disana??? Jom patik ceritakan.
Patik berpeluang untuk melawat GAHARU TEA VALLEY yang terletak di Gopeng Perak. Kita sedia maklum teh selalunya akan terhasil daripada daun teh saja tetapi baru laa patik tau pohon gaharu boleh dijadikan teh untuk kesihatan.
Pohon gaharu yang sinonim dengan penghasilan minyak wangi telah mengubah persepsi patik & mungkin orang ramai terhadap gaharu. Terbaru resepi gaharu telah transform kepada pelbagai produk.
Pemandangan disini hampir-hampir serupa dengan Cameron Highlands, tetapi pepohon yang ditanam bukan daun teh tetapi pohon-pohon gaharu. Korang boleh tengok pohon-pohon ini ditanam secara tersusun dan berteres. Sangat cantik pemandangan disini.
Setiap bukit yang ada disini ditanam dengan pohon gaharu. Gaharu bukan saja boleh menghasilkan minyak wangi dan getah gaharu tetapi evolusi penghasilan gaharu telah bertambah.
Ramai yang tidak mengetahui Gopeng mempunyai tarikan perlancongan seperti ini. Bila patik postkan dekat istagram, ade diantara rakan-rakan patik yang asalnya dari Negeri Perak sendiri tidak pernah mengetahui kewujudan tempat ini.
Maka berbaloilah patik & rakan-rakan media lain dibawa oleh Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia meronda pusing Perak untuk sesi promosi tempat-tempat perlancongan di Negeri Perak.
Yang bestnye dengan hanya RM10, korang akan dibawa menaiki van unutk pusing 1 ladang gaharu sambil pemandunya akan bercerita berkenaan ladang gaharu ini dan korang akan sampai ke puncak bukit.
Dipelantar atas bukit ladang gaharu ni, patik tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenangan berlatarbelakangkan ladang gaharu. Sangat nice tempat ni dan ianya setanding Cameron Highlands.
Pegawai yang bertanggungjawab memberikan penerangan kepada kami geng media dan blogger berkenaan GAHARU TEA VALLEY ini. Patik agak teruja dengan penerangan pegawai yang berbangsa cina yang menyentuh bab-bab agama islam yang berkaitan dengan gaharu dan bau-bauan didalam islam. Sangat menarik penerangan beliau. Respect !!!
Antara evolusi produk yang terhasil daripada pohon gaharu seperti teh gaharu, cookies gaharu, mee segera gaharu dan tidak dilupakan minyak wangi gaharu itu sendiri.
Yessss ais krim gaharu pon ada dijual disini. Rasanya wangi-wangi dan sedikit pahit manis menjadikan ais krim ni sedap ditekak patik.
Apa pun patik bangga menjadi rakyat Malaysia kerana patik sendiri tak sangka Malaysia punya tempat-tempat yang menarik untuk bercuti.
Bagi mereka yang ingin melawati GAHARU TEA VALLEY ini boleh laa kealamat berikut:
GAHARU TEA VALLEY
Lot 9840, Mukim Sg. Teja
31600 Gopeng Perak
Malaysia
Telefon:
Tel: 05-3511 999
Fax: 05-3511 996
Website: www.gaharu.com.my
Email: info@gaharu.com.my
Tel: 05-3511 999
Fax: 05-3511 996
Website: www.gaharu.com.my
Email: info@gaharu.com.my
-Ahmad Fauzi Aryaan-
1st tahu psl pkok gaharu ni ..
ReplyDeletemenarik..
thnks sharing ..
tak hajak .. hehe bestla korg grrr
ReplyDeletecam sedap jer eskrem tu
ReplyDeletesyoknye korang bercanda di kebun gaharu
ReplyDeletenice view
patik pun teringin nk pergi ke sana
zacky786 :
ReplyDeleteSame laaa..ni baru tau lepas mai sni.
zacky786 :
ReplyDeleteSame laaa..ni baru tau lepas mai sni.
qaseh dalia:
ReplyDeleteeh qaseh x join g perak ek?? rs p cume kmpg laen kn???huhu
i'm shin... i'm inesen:
ReplyDeletemmg sedap eskim ni. shin nak eskim patik???
penaberkala:
ReplyDeleteKami ade benda2 cmni. korang asek jetiiiii sokmo x abis2 kan..huhu