[TRAVEL] Karnival Gogar Sekampung 2014 | Sebuah program kemasyarakatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.





Pada 1 & 2 Febuari 2014 yang lalu, patik dan bebrapa blogger dan geng media telah dijemput oleh Tourism Malaysia Negeri Sembilan ke program berbentuk kemasyarakatan iaitu KARNIVAL GOGAR SEKAMPUNG yang diadakan di Padang Awam Kg. Serting Hilir, Jempol Negeri Sembilan. 

pelbagai acara yang diadakan disana antaranya Masterchef antara kampung yang diadili oleh Masterchef Dr. Izani, pertandingan karaoke, make over dan pelbagai gerai jualan. 

Program masterchef antara kampung ni hampir-hampir serupa dengan masterchef Malaysia yang kita tonton di TV tu haaa. Kirenya adalah cabaran luar bagi mereka. Hehe


Barang-barang kering dan basah yang disediakan untuk setiap kumpulan rebut untuk memasak nanti. Protein yang disediakan adalah ayam & juga ikan keli. 

Masa bermula maka semua peserta pakat untuk mengambil bahan masakan yang diperlukan untuk memasak nanti. Yang penting menu ayam & ikan keli pasti ada nanti.


Kumpulan yang telah selesai bertarung mengambil bahan-bahan masakan sebelum acara memasak bermula. 


Yang bestnye mereka perlu menyiang ikan yang masih hidup dan menyembelih ayam yang masih hidup. Perghhhhh sangat thrill ok memasak gaye ni. Ni kalau masterchef sebenar ni, mau terpitam mereka ni kang. hehehe


Sambil geng lain sedang menyiang ikan dan ayam, geng dibawah khemah memulakan mengupas dan menyediakan masakan. masa yang diperuntukkan adalah 2 jam. 


Selain aktiviti masterchef, terdapat pameran autoshow. Cantik-cantik kot kereta-kereta ni selepas ni makeoverkan. Boleh dikatakan hampir semua kereta yang dipamerkan pernah menggondol hadiah autoshow masing-masing. 


Taraaaaaa... selesai 2 jam & ini laaa antara hasil masakan yang dihasilkan oleh 9 kumpulan yang bertanding untuk gelaran masterchef antara kampung. 






Tudia juara masterchef Malaysia pertama, Masterchef Dr. Izani dan seorang lg Chef (tak tahu name) sedang mengadili masakan yang dimasak. 



Sesambil depa dok sakan mengira markah dan menyampaikan hadiah, patik & geng blogger lain melenjan laaa pusing amek-amek gambar ala-ala cover event baek punya. Hehehee dan ini lah hasil berita daripada program ini.

Program yang sangat sempoi yang boleh patik katagorikan sebagai well prepared. Tahniah untuk penganjur kerana khabarnya ini adalah event terbesar yang pernah orang-orang kampung Serting Hilir lakukan. Good job !!!

Terima kasih kepada Tourism Malaysia Negeri Sembilan kerana mengundang patik dan beberapa rakan lain untuk sama-sama dalam memeriahkan majlis ini.

-Ahmad Fauzi Aryaan-


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN