[TRAVEL] Menara Berkembar PETRONAS | Mercu tanda kehebatan Malaysia

Assalamualikum dan salam sejahtera semua.


Apa perasaannya korang jika diberikan peluang untuk berada dijambatan KLCC? Ape juga perasaan bila korang semua diberikan peluang untuk menjejakkan kaki dipuncak KLCC? 

Alhamdulillah patik tidak menyangka telah diberikan peluang untuk merasai pengalaman berada dibangunan tinggi ini buat kali pertama semumur hidup patik. 

Sebelum memasuki menara KLCC ni, kami geng digital writer dan rakan media lain diberikan penerangan ringkas oleh pegawai yang bertanggungjawab berkenaan keselamatan semasa berada di dalam menara KLCC ini. 


Terima kasih kepada PETRONAS kerana memberikan patik dan rakan lain peluang memasuki menara ini sekaligus merasai sampai kejambatan dan juga puncak menara KLCC ini. 


Setibanya kami ditingkat 42 iaitu dibahagian jambatan yang menghubungkan 2 menara ini, kami telah diberikan sedikit penerangan berkenaan struktur bangunan ini. 

Untuk pengetahuan semua pembaca blog patik, jambatan yang menghubungkan antara 2 menara ini mempunya 2 tingkat iaitu ditingkat 41 dan 42. Tingkat 41 dikhususkan untuk orang awam dengan tujuan lawatan manakala di tingkat 42 ini, laluan jambatan ini dibuka untuk kegunaan staf menara, lawatan menteri, golongan diraja dan juga pelawat khas. Kami dibawa memalui tingkat 42 disebabkan kami adalah pelawat khas. 



Kenapa menara berkembar KLCC ini mempunyai jambatan yang menghubungkan 2 menara ini? Kami telah diberitahu tujuan jambatan ini direka adalah sebagai keselamatan dimana sekiranya terdapat kebakaran atau masalah dimenara 1, maka jambatan ini digunakan untuk kemenara 2 bagi tujuan turun kebawah.

Selain itu tujuan menara ini dibina adalah sebagai pengikat antara 2 menara daripada sebarang gegaran yang terlampau. Kiranya dia ni sebagai tangan yang memegang 2 menara ini.



Kalau korang semua perhatikan, terdapat 2 tingkat dibahagian jambatan ini. Inilah yang patik terangkan sebentar tadi dimana terdapat 2 tingkat dibahagian jambatan yang menghubungkan 2 menara ini dimana ditingkat 41 dibuka untuk lawatan orang awam dan ditingkat 42 yang sedang patik duduki ini adalah untuk staf dan pelawat khas. 


Selepas bergambar kenangan segala, kami terus dibawa ketingkat yang paling tinggi dimenara ini. Perasaan patik sangat teruja kerana inilah yang patik tunggu untuk melihat sekeliling Kuala Lumpur pada ketinggian tingkat 86.


Patik bersama rakan digital writers lain bergambar bulatan tengah-tengah jambatan. Bulatan ini mempunyai atas yang lutsinar dimana kita boleh melihat 2 menara ini melaluinya. Sangat cantik pemandangannya. 


Setiba ditingkat 86 ini, perasaan patik sangat teruja kerana disini kita kaan dapat lihat seluruh bandar Kuala Lumpur. 


Keadaan sekitar bandar Kuala Lumpur yang sempat patik lihat ditingkat 86. 


Puncak menara KLCC yang menjadi bahagian paling tinggi bagi menara ini


Sebagai bukti patik berada dilokasi, ini patik sempat bergambar kenangan ditingkat paling tinggi iaitu tingkat 86 menara berkembar KLCC. 


Terima kasih kepada pihak PETRONAS for having us. Patik sangat-sangat enjoy dengan program  lawatan pengenalan produk perlancongan PERTRONAS kepada pihak media & digital writer.

Jom lawati Menara Berkembar PETRONAS untuk merasa pengalaman berada ditempat tinggi dan terus menyokong percutian di Malaysia kerana Malaysia banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati.
-TAHUN MELAWAT MALYSIA 2014-


-Ahmad Fauzi Aryaan-


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN