[TRAVEL] Transformers Expo 2014 | Makhluk besi ke Malaysia
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.




Transformers Expo yang telah berlangsung dari 31 Januari 2014 telah melabuhkan tirai pamerannya pada 16 Feb 2014 baru-baru ini. Kesempatan melihat makhluk besi ini telah direalisasikan dengan penganjuran lawatan ke Genting Highlands oleh Friends of Negeri Sembilan (FoNS) dan juga Tourism Malaysia Negeri Sembilan dan diiringi beberapa teman blogger dan rakan media bersempena promosi Tahun Melawat Malaysia 2014.
Patik juga tidak ketinggalan turut serta didalam penganjuran tersebut. Terima kasih kepada Tourism Malaysia Negeri Sembilan kerana membawa patik dan teman lain untuk sama-sama merasai pengalamn melihat makhluk besi ini.
Jom patik ceritakan pengalaman sepanjang lebih kurang 4 jam disana.
Perjalanan masuk akan disambut dengan pintu gerbang yang senentiasa menerima tetamu dari mana jua yang datang. Pada masa patik datang dengan teman-teman FoNS lain keadaan agak sibuk disebabkan hujung minggu. Ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan untuk membawa anak-anak untuk melihat mahkluk besi ini.
Sebelum merasai pengalaman didalam tapak pameran, sempatlah patik dan beberapa kenalan blogger lain bergambar kenangan dengan replika transformens yang super comel dibelakang kami.
Selepas bergambar kenangan tadi, korang akan menyaksikan robot-robot yang dipamerkan yang dikumpul kesekian lama. Terkejut patik sebab terlalu banyak robot mainan yang dikhabarkan hampir 1500 buah robot yang dipamerkan dan patik pasti harga setiap satunya mesti mahal.
Kemudian perjalanan seterusnya, kita semua akan menyaksikan kereta Chevrolet CAMARO yang boleh bertukar menjadi robot Bumble Bee. patik pasti korang tak akan jumpa kereta sebegini di Malaysia.
Kemudian korang akan terus ke hentian seterusnya iaitu Transfomers 3D Experience. Disini korang akan diberikan sebuah spek mata 3D yang akan digunakan sepanjang berada didalam tempat tayangan. Korang akan menyaksikan koleksi transfomers dari mula-mula kewujudan sehingga yang terbaru. Satu pengalaman yang owesome !!!
Selepas menyaksikan tayangan 3D tadi, anda akan dibawa ke suatu pertunjukan laser yang memaparkan ilusi-ilusi transfomers. Perghhh memang hebat persembahan laser yang ditunjukkan. Persembahan ini memakan masa lebih kurang 15 ke 20 minit.
Selepas selesai tayangan laser ini, kami dibawa kepertunjukan sebenar makhluk besi yang dibawa khas untuk tontonan semua rakyat Malaysia.
Tapi sebelum kita semua beramah mesra dengan 2 makhluk besi ini, korang semua dikehendaki menari mengikut lagu yang dipasang sambil wajah korang akan terpapar diskrin tv besar. Comel patik tengok karaktor Bumble Bee dan Optimus Prime menggedik-gedik sambil menari.
Bumble Bee yang setinggi 13 kaki
Optimus Prime yang tingginya 23 kaki
Patik sempat laaa bergambar kenangan untuk mengatakan kepada seluruh isi dunia maya yang patik dah sampai ke tapak pameran ini. Korang dah sampai??? Hahahaha~~

Yessss Transformers Expo 2014 yang owesome !!!!
Selesai melihat pameran yang hebat, kami semua geng blogger dan rakan media dibawa untuk makan tengahari. Yessss ini laaa masa yang ditunggu-tunggu kesekian kali.
Terima kasih kepada Resort World Genting kerana menyediakan makanan yang sangat sedap sehinggakan kami tak tahu nak makan makanan yang mana. Korang bayangkan yeee terdapat lebih kurang 10 gerai yang besar menyediakan juadah makanan masing-masing. Mau tak pening memilihnye kan.
Ini antara gerai yang menyediakan makanan. semua berkonsepkan buffet dan kami bagai nak gila memilih makanan yang ada. Ini tidak termasuk dengan bahagian ais krim dan manisan-manisan lain. Perghhh memang full !!!
Sedih jugak sebab kami hanya ada lebih kurang 30 minit untuk sesi makan tengahari sebab masa kami full dengan aktiviti & telah ditetapkan untuk ketempat-tempat lain. Jadi ini adalah antara makanan yang patik dan rakan-rakan lain ambil. Kiranya ni baru cubaan pertama.
Kemudian kami dibawa untuk mengenal sejarah Genting Highlands. Disini segala informasi diterangkan dalam bentuk poster dan juga gambar-gambar.

Sempat kami bergambar kenangan bersama Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan, En. Zaidi Kasim & Pegawai pengiring yang membawa kami sepanjang berada disana.
Terima kasih Resort World Genting kerana melayan kami dengan begitu baik. Kalau ada jemputan event lain disini, akan patik sampai lagi ditempat sejuk bernama Genting Highlands.
Jom bercuti di Genting Haighland & menikmati keindahan dan kesejukkan disini.
-Ahmad Fauzi Aryaan-
ok.. jeles tak dapat join
ReplyDeletebestnya korang dapat g sna kan
ReplyDeletemesti best bagi penggemar robot kan..tq berkongsi pengalaman..was here
ReplyDeletewahhhh bestnya ada transformer!! ada lagi takk???
ReplyDelete