[TRAVEL] White Water Rafting Sungai Kampar | Gopeng punya sungai yang hebat
Sambungan bercerita tentang Homestay Gopeng. Apa yang ada selain GAHARU TEA VALLEY GOPENG ? Ni haaa patik nak cerita 1 lagi tarikan yang ada di Homestay Gopeng Perak ini.
Korang suke water rafting tak??? Yang jenis meluncur dengan air sungai yang laju atau pun sekadar mandi manda?? Nahhh di sini terdapat apa yang korang nak. Sungai Kampar, Gopeng Perak adalah sebuah sungai yang boleh patik katakan sangat best kerana menyediakan kemudahan seperti yang patik cakapkan tadi.
Untuk keselamatan kenderaan korang untuk ke Sungai Kampar itu, patik cadangkan korang boleh menaiki lori ini untuk kesana kerana jalan yang bagi patik tidak sesuai untuk korang memandu sendiri. Biar mereka yang pakar mengurusnya. So patik dan rakan media serta blogger menaiki lori yang disediakn untuk kesana. Yessss sangat sempoi woii naik lori rupenye.

![]() |
Perjalanan dari homestay ke sungai lebih kurang 30 minit menaiki lori |

Sempat laa patik berangan posing-posing jap sebelum melompat masuk bommm mandi dalam sungai tu haaa. Bagi patik sungai ni boleh dikatakan best dan ade beberapa part dikatakan sangat thrill untuk melakukan water rafting disini. Itu sebab Sungai Kampar ini menjadi tarikan kepada mereka yang menyukai sukan lasak seperti water rafting ni.



Bersama geng Homestay Gopeng sebelum kebasahan. Patik seronok berkenalan dengan mereka. Walaupun kita berlainan latar belakang, tapi kesefahaman dan kesekepalaan tu memang ada diantara kami. Itu yang lebih penting dalam berkawan.

Disebabkan kesuntukkan masa, kami hanya sempat untuk berendam mandi mada bersama jee. Untuk sesi white water rafting mungkin patik dan rakan media & blogger lain akan turun sekali lagi ke Homestay Gopeng untuk merasai sendiri white water rafting yang dikatakan sangat best disini.
Berkunjung ke Homestay Gopeng memang tidak rugi kerana apa yang disajikan disini memang sudah cukup unutk kita bercuti bersama keluarga mahupun kawan-kawan.
Jom melancong bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 !!!
-Ahmad Fauzi Aryaan-
bestnyaaaaaa abam pegi mandi manda
ReplyDeletebru td borak2 ngan hubby psl water rafting. kat n9 ade, n mmg hot spot. tapi, mahal dgr katenye
ReplyDeletesyok woooo mandi sungai!~ tp skrg mcm dh kurg best sbb bnyk kes kencing tikus huhu
ReplyDeleteAlahai... ini la orang perak... teman orang perak pun tak pernah pegi tempat nie... bile le agaknye,.... ajak la teman kalu nak pegi lagi ye... huhuhuhu...
ReplyDelete