Ayam Ghantari | Resepi Asli Nusantara


AYAM GHANTARI | Resepi Asli Nusantara | Bertempat di  Medan Selera Lokas Makana, Puchong Utama, A.F.A dan beberapa rakan blogger telah dijemput untuk merasai menu terbaru dari AYAM GHANTARI yang diadun dengan citarasa nusantara.

Merah menjadi warna tema AYAM GHANTARI
Resepi AYAM GHANTARI diambil inspirasi daripada resepi ayam bakar indonesia yang telah diadaptasi mengikut citarasa Malaysia nusantara. Biasalah, ada sesetengah orang yang tidak menggemari masakan ala-ala Indonesia dan AYAM GHANTARI telah memenuhi citarasa kita masyarakat Malaysia.

Ayam dan Iga (rusuk) dibakar secara live mengikut permintaan
Untuk pengetahuan semua, menu di AYAM GHANTARI ini menggunakan sepenuhnya 100% ayam kampung organik yang seperti kita semua maklum, ayam kampung organik ini bebas daripada apa jua ubatan mahupun suntikan. Maka ayam kampung organik ini adalah kelaian yang terbaik daripada AYAM GHANTARI.

Penyediaan kentang goreng
Selain keunikkan dari segi penggunakan ayam kampung organik, AYAM GHANTARI juga menampilkan kelainan dari segi sos pencicah yang digunakan bersama-sama ayam bakar mahupun rusuk bakar. SOS GHANTARI dan SOS TALIWANG adalah 2 jenis sos yang akan memberikan nikmat kepada sesiapa yang merasainya.

SOS GHANTARI hadir dalam keadaan berwarna sedikit merah gelap dan rasanya pedas manis dan SOS TALIWANG hadir dalam keadaan berwarna merah terang dan rasanya seperti pedas berapi. Tetapi pilihan A.F.A adalah SOS GHANTARI yang pedas manis.

Ayam bakar ghantari


Ayam bakar taliwang
Puyuh bakar ghantari. Kredit BUDAK PACAK [Link]
Iga (rusuk) bakar taliwang. Kredit BUDAK PACAK [Link]
Dengan harga serendah RM7.00 untuk satu hidangan menjadikan menu dari AYAM GHANTARI memang sangat berbaloi. Bagi yang inginkan set nasi ghantari, hidangan ini didatangkan dengan kepingan kerepek tempe dan juga kerepek paru. Kerepek tempe? Kerepek paru? Pelik jeee bila semua ini dalam bentuk kerepek kan. Jadi jom rasai set nasi.

Selain set dengan nasi, korang semua boleh memilih set dengan fries. keunikkan fries dari AYAM GHANTARI ini adalah keempukkan kentang yang digoreng garing dan ditambah dengan pencicah samada sos ghantari atau sos taliwang.

Bersama pemilik AYAM GHANTARI. Kredit KISAH TATIE [Link]
Terima kasih kepada AYAM GHANTARI kerana menjemput kami rakan blogger untuk sesi pengenalan rasa menu disini. Bagi sesiapa yang ingin merasai menu dari AYAM GHANTARI, boleh lawat mereka seperti berikut:

AYAM GHANTARI
MEDAN SELERA LOKAS MAKANA
Puchong Utama
55100 Puchong

Instagram : AyamGhantari  dan  hashtag di #ayamghantari



Comments

  1. nampak macam sedap..boleh try nih tapi tak tau bile boleh pergi..hehe.. *blogwaking dari arepnakbel.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN