Buffet Lunch @PICC | Lokasi Makan Berbaloi
![]() |
Kredit: Google |
Buffet Lunch @PICC | Lokasi Makan Berbaloi | Bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), A.F.A dan beberapa blogger dan rakan media lain telah dijemput oleh pihak PICC untuk sama-sama dalam MAJLIS MAKAN TENGAHARI BERSEMPENA PENGENALAN DAN PELANCARAN "BUFFET LUNCH CAFE@PICC". Pelancaran ini bertujuan menjadikan PICC sebuat destinasi makan terbaru di Putrajaya.
Bagi yang ingin kesana, lokasi CAFE@PICC ini adalah di tingkat Concurse (C) dimana korang kena menaiki lift dan tekan C.
![]() |
Press C untuk ke CAFE@PICC |
Untuk pengetahuan semua, "BUFFET LUNCH @PICC" ini menyediakan lebih daripada 65 jenis hidangan bermula dengan pembuka selera, manu utama dan juga pencuci mulut. Antara menu yang A.F.A ingat adalah rendang minang hati lembu, ayam percik kelantan, ikan patin masak tempoyak, siput sedut masak lemak, masak lemak telur itik dan bermcam-macam lauk yang merangkumi ikan, ayam, daging.
Selain itu pelbagai jenis pencuci mulut seperti kek yang bermacam jenis dan perisa dan juga pelbagai jenis bubur seperti bubur jagung, bubur pulut hitam dan lain-lain turut dihidangkan untuk dijamu dengan harga yang boleh A.F.A agak pitam akibat terkejut iaitu RM15.00 untuk DEWASA dan RM8.50 untuk KANAK-KANAK ATAS 5 TAHUN.
![]() |
Pencuci mulut |
![]() |
Pelbagai jenis ikan bakar |
![]() |
Lauk-lauk melayu |
![]() |
Lain-lain juadah |
Cafe@PICC akan beroperasi untuk "buffet lunch" bermula 11.30 pagi sehingga 3.00 petang setiap hari isnin sehingga ahad.
![]() |
Kek sebagai pencuci mulut |
![]() |
Pelbagai jenis pembuka selera |
![]() |
Pelbagai jenis bubur sebagai pencuci mulut |
Kelebihan Cafe@PICC adalah kedudukannya yang strategik iaitu diatas bukit yang menghadap pemandangan Putrajaya menjadikan tarikan untuk makan disini sambil mennikmati keindahan Putrajaya.
Korang boleh memilih untuk duduk ditempat diruang berhawa dingin atau pun boleh juga mengambil angin luar yang mengadap pemandangan Putrajaya. Memang sangat best bila sekali sekala merasa tempat sebegini dan ditambanh pula harga yang sangat-sangat berbaloi.
![]() |
Ruang makan berhawa dingin |
![]() |
Ruang makan yang sangat selesa |
![]() |
Keadaan ruang makan diluar yang selesa |
![]() |
Pemandangan yang mengadap Putrajaya |
Kepada yang ingin merasai "Buffet Lunch" di CAFE@PICC boleh datang terus ke PICC atau boleh membuat booking atau sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
Bahagian Komunikasi Korporat
Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Cik Kumari: 03-88876015 (kumari.nahu@picc.com.my)
Feroz De Costa: 03-88876012 (feroz.decosta@picc.com.my)
Terima kasih kepada pihak Putrajaya International Convention Centre (PICC) kerana menjemput A.F.A dan rakan blogger lain ke majlis ini. Diharap jalinan kerjasama ini akan berpanjangan.
thanks pokcik.. nanti nak mai makan sini lah sekali.
ReplyDeleteWlcome..sila laa mai...mmg berbaloi
Deleteserious murah mcm tu ke?
ReplyDeleteYesss betul sbb sy dh buat review. Kalau nak senang call no yang disediakan.
DeleteSabtu n ahad ada gak k?sure k?bkn smpi jumaat je k?cmfm kan bley?
ReplyDeleteDah call pihak PICC. Depa bukk sabtu ahad skali
Deletekena plan betul2 ni... mmg dh dok putrajaya... rugi2...
ReplyDeleteHaaa kne cube ni. mmg berbaloi.
DeleteSlm kenal...
ReplyDeleteMcm menarik..
Baru plan nak bawa anak makan sempena birthday dia nanti..btw thx for sharing info :-)
http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/