Darulaman Golf & Country Club, Jitra Kedah | Lokasi Percutian Hebat

EKSPLORASI MEDIA 
Darulaman Golf & Country Club, Jitra Kedah | Lokasi Percutian Hebat | Bersempena dengan program EKSPLORASI MEDIA BERSEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014, A.F.A telah menyertai AZIZ DESA ke negeri Kedah sebagai salah 1 promosi tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Kedah Darul Aman. 

Perjalanan dari KL ke Kedah memakan masa lebih kurang 6 jam memberi sedikit kepenatan. Bila ternampak lokasi pertama yang akan diduduki, A.F.A menjadi sedikit cergas. 

Darulaman Suite
DARULAMAN GOLF & COUNTRY CLUB DAN DARULAMAN SUITE menjadi lokasi penempatan A.F.A dan rakan blogger serta media. Fuhhhh nampak segar bila nampak bangunan DARULAMAN SUITE didepan mata. Hanya membayangkan katil dan toilet yang best untuk manjakan diri. 

Hidangan penghilangan dahaga
Kehadiran kami disambut dengan hidangan penghilang dahaga iaitu fruit punch yang sangat nice dihiasi dengan buah ceri yang comel.

Since kami pun dah sampai di DARULAMAN SUITE ni agak petang, so tiada aktiviti dan hanya menunggu aktiviti malam. Aktiviti makan-makan adalah aktiviti pertama kami rakan media disana. 

Malam pun tiba. Kami dihidangkan dengan pelbagai jenis menu makan malam. Makanan berkonsepkan BBQ dan juga ala-ala western menajdi menu kami pada malam tersebut. Dengan hidangan pencuci mulut, segala jenis salad, spegeti, jagung bakar, nasik goreng. Tak tersenarai laaa A.F.A dengan segala tu. 

Menu makan malam yang dihidangkan
Malam tersebut, A.F.A dan rakan emdia lain bukan sahaja dihidangkan dengan juadah menu yang sedap-sedap, malah kami dihidangkan dengan beberapa persembahan artis yang A.F.A sendiri layan laa seperti Pak Mamak Maidin, Iqwal dan juga Pak Long  yang popular dengan lagu 'selagi ada rindu'.

Artis yang membuat persembahan

Keesokkan harinya, kami rakan media & artis dibawa untuk sama-sama memeriahkan aktiviti senamrobik ditasik berhampiran. Perghhh angin yang bertipu masa tu sangat sejuk. Sama seperti suhu di Cameron Highlands. 

Peserta yang turut serta
A.F.A juga turut serta
Selesai bersenamrobik, kami semua dibawa pulang ke golf club untuk bersarapan pagi. Haaaa elok, tadi elok bersenam robik, balik-balik pekena sarapan yang perghhh semua sedap-sedap belaka. Hahahaha.

Uniknya, kami dihidangkan dengan juadah yang ala-ala kampung seperti pulut ikan masin, keledek rebus, lempeng kelapa. Rindu menu-menu ni. 
Antara menu sarapan pagi 
Bagi A.F.A, DARULAMAN GOLF & COUNTRY CLUB DAN DARULAMAN SUITE menyediakan penginapan pada harga yang berpatutan. Jadi korang yang ingin merasai seperti dialamat:

DARULAMAN GOLF & COUNTRY CLUB DAN DARULAMAN SUITE
Bandar Darul Aman
Jitra, Kedah

Jom cuti-cuti Malaysia !!


Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR