Putu Perak | Kuih Tradisi Masyarakat Perak
![]() |
Kuih putu Perak yang menjadi kebanggaan masyarakat Negeri Perak |
Putu Perak | Kuih Tradisi Masyarakat Perak | Pertama kali melihat putu perak ni, mati-mati patik ingat kan kuih pau. Dengan keadaannya yang putih bersih, bulat sama seperti kuih pau. Tapi inilah kelainan PUTU PERAK yang menjadi kebanggaan masyarakat negeri Perak.
![]() |
Demostrasi cara pemyediaan PUTU PERAK |
Rasanya yang lemak manis menjadikan kuih PUTU PERAK ini menjadi sangat popular dikalangan masyarakat negeri Perak. Penyediaannya bagi patik nampak mudah tetapi kesabaran itu perlu didalam penyediaannya.
Bahan asas seperti beras, beras pulut dan juga kelapa yang dicampur garam sebagai inti digunaakan didalam penyediaan ini. Apa yang patik dimaklumkan, beras-beras diatas hendaklah direndam lebih kurang 10 jam sebelum dikisar halus dan kemudian dikeringkan untuk menjadikan seolah-olah tepung.
![]() |
Alat pengukus yang digunakan untuk mengukus PUTU PERAK |
Mengikut perkembangan kisah PUTU PERAK ini, ika sebelum ini acuan yang digunakan hanyalah dengan menggunakan cawan kecil, tetapi untuk mencari kelainan Kak Fauzila Harun atau lebih mesra dipanggil Kak Zie, seorang pengusaha berjaya produk PUTU PERAK ini mencari kelainan pada bentuk acuan seperti bunga. Ia menjadikan kita sebagai penggemar melihat suatu kelainan.
![]() |
Pengusaha PUTU PERAK, Kak Zie yang menjadi usahawan wanita hebat |
Cara penyediaannya adalah memasukkan sedikit bahan asas beras tadi kedalam acuan bunga hanya diparas bawah, kemudian kelapa yang telah dicampurkan dengan garam dimasukkan ditengah dan kemudian acuan ditutup penuh dengan bahan asas beras tadi dan sedia untuk dikukus.
Kak Zie menambah, pengukus yang direka khas ini telah dipaternkan dan menjadi kesalahan kepada mana-mana syarikat yang ingin meniru design nya.
![]() |
Rupa PUTU PERAK yang putih gebu |
Patik sempat merasai PUTU PERAK ini dan betul ianya sangat-sangat berlainan dengan putu piring ataupun putu bambu yang sedia ada dipasaran. Jujur ini kali pertama patik merasai dan melihat PUTU PERAK ini. Tak pernah pulak patik lihat dikawasan Bangi, Kajang, KL ni lagi.
Apa pun patik ucapkan kepada Kak Zie kerana memberi peluang kepada patik untuk merasai PUTU PERAK ini dan kepada pembaca blog patik ni, patik sarankan korang juga untuk merasai PUTU PERAK yang menjadi satu-satu kuih kebanggaan masyarakat negeri Perak.
-Ahmad Fauzi Aryaan-
oh... ini ke ropenye putu perak... tak le teman tau... hehehe... dekat mane nak beli nie... teringin le pulok teman... ermmm wootwoot2 :)
ReplyDeleteKat KL ni payah kot. Aritu g RTC perak tu haaa ade review putu perak ni. klu x mmg x tau..
DeleteLain dari putu Perak ini sebab ada bentuk.
ReplyDeleteDia nak ade variasi so boh bentuk2 laen..huhu
Deleteada try makan tak? sedap tak?
ReplyDeletemesti laa try makn potia. dia lemak2 manis masin..sedappp
DeletePoojie bentuk dia mcm pau....mcm...nak terjah perak skunk
ReplyDeletesedappp wak...mmg kne carik ni..
DeleteMmg sdp putu perak ni..ada d jual di R&R Ulu Bernam arah utara ke selatan..
ReplyDelete