Hutan Lipur Lata Bayu | Tarikan Aktiviti Mandi Manda

Hutan Lipur Lata Bayu | Tarikan Aktivit Mandi Manda | Lokasi seterusnya selepas lawatan ke SK TUNKU PUTERA [Link] adalah HUTAN LIPUR LATA BAYU yang sangat popular ini terletak di Daerah Baling Kedah. A.F.A dan rakan media lain dibawa kesini untuk tujuan makan tengahari sambil melihat keindahan Air Terjun Lata Bayu yang sangat cantik.
![]() |
Pelbagai jenis menu yang dihidangkan kepada kami. |
Setiba disana kami terus dijamu dengan makanan tengahari yang disediakan oleh pihak Majlis Daerah Baling. Lauk-lauk kampong manjadi santapan kami pada tengahari tersebut seperti ayam bakar, masak lemak pisang, sambal udang beserta ulam-ulaman dan ditambah dengan pelbagai jenis sambal seperti sambal belacan buah bacang, sambal belacan tempoyak dan juga air asam.
Selepas selesai makan tengahari, penulis dan rakan media lain diberi masa untuk bersiar-siar sambil membuat liputan promosi disekitar kawasan ini.
![]() |
Papan tanda peringatan kepada pengunjung turut disediakan |
Jujur penulis rasakan sudah lama tidak manjakan diri
dengan berkelah bersama keluarga atau pun rakan-rakan ketempat rekreasi seperti
sungai dan air terjun seperti ini dan peluang kesini penulis gunakan dengan
sebaik mungkin.
Kemudahan yang disediakan disini adalah seperti pondok
rehat, gerai makan, tapak perkhemahan, denai hutan dan juga tandas.
![]() |
Air terjun yang sangat best |
Selain kemudahan yang disebut diatas, A.F.A dapati banyak papan-papan tanda peringatan tentang keselamatan untuk memberi peringatan kepada semua pengunjung yang datang untuk berkelah. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk tidak bermain air sungai dan hanya melakukan liputan disini sahaja.
Apa pun sedikit penambahbaikkan yang perlu dititikberatkan supaya keselesaan pengunjung dapat dipenuhi sekaligus menjadikan HUTAN LIPUR LATA BAYU ini menjadi tempat yang paling hebat dilawati oleh orang ramai bukan sahaja pengunjung dari Baling malah dari seluruh Malaysia.
Dekat dengan kampung aku ni. Tapi, dulu ada kes kencing tikus. Dah okay eh?
ReplyDeleteTau2..tu yang naek notification tu haaa..
DeleteSo far dh elok dh laa
Tempat mandi yang luas. Memang menarik.
ReplyDeleteAir terjun dia cntik. Tapi A.F.A tak masuk mandi..
Deleteewah2.. best kn ko ni asyik bjlnnnn je abam
ReplyDeleteRezki laaa mani. selagi masih lg laku kan..
Delete