Lu, Gua Bro ! | Setia Seorang Sahabat



Lu, Gua Bro ! | Setia Seorang Sahabat | Sebuah lagi filem yang diterbitkan oleh MIG Picture Sdn Bhd yang akan menjengah pawagam terdekat pada 27 Mac 2014.

Nama Filem: Lu, Gua Bro !
Bahasa: Melayu
Genre: Komedi
Pengarah: Ismail " Bob" Hasim
Pelakon: Zalif Sidek , Nina Iskandar, Epy Kodiang , Rahim Sepahtu

Sinopsis:

Filem yang menceritakan pahit manis 2 orang rakan yang berkawan dari kecil Mi & Yu yang mereka membesar bersama. Mereka terpisah lama apabila Yu diterima menjadi polis dibandar. Mi pula akhirnya memberontak untuk ke bandar mencari kerja sekaligus mencari Yu yang telah lama hilang. 

Pertemuan mereka bermula disebuah kilang apabila Mi telah terserempak dengan pengedar dadah. Untuk tidak membocorkan rahsia, Mi dimasukkan kedalam sebuah kotak kayu dan dihantar ke kilang tempat Yu menjadi pengawal keselamatan. Yu telah menyelamatkan Mi dari disorok didalam kotak dan akhirnya babak kisah Yu dan Mi berkembang bila mereka dikejar dengan penjahat dibahagian paling atas sebuah bangunan dan akhirnya Mi telah tergelincir dan sempat diselamatkan oleh Yu sambil memaut tangan Mi yang hampir terlepas dari bangunan tinggi. Babak kehidupan rapat mereka mula diceritakan dari kecil sehingga mereka terjumpa.

Apa yang mereka cerita kan? Bagaimana pengakhiran cerita ini?

Saksikan LU, GUA BRO ! dipawagam berhampiran anda bermula 27 Mac 2014.

Artis-artis yang menjayakan filem ini. Kredit DIKBEE [Link]
Pass media utk majlis pra-tonton
Antara blogger yang hadir. Kredit DIKBEE [Link]

Terima kasih buat MIG Picture Sdn Bhd  kerana menjemput untuk preview filem ini. A.F.A sangat berpuas hati kerana babak-babak yang sangat mencuit hati dan ringan buat A.F.A tonton sebagai meringankan stress didalam diri. 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN