Libra Star Cruise | Pengalaman Didalam Kapal 5 Bintang | Bagai mimpi menjadi kenyataan bilamana abam kaw dan beberapa blogger dan rakan media lain dijemput untuk merasai pengalaman selama 2 hari 1 malam didalam kapal bertaraf 5 bintang iaitu STAR CRUISE LIBRA.
 |
Pelabuhan yang menempatkan LIBRA STAR CRUISE |
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang yang memakan masa 6 jam dengan menaiki van sangat teruja bila dari jauh kami telah nampak kelibat kapal yang menjadi idaman abam sejak dulu lagi. Kalau dulu, abam kaw ni haaa pernah berangan menaiki kapal yang besar ni.
Bagaikan hilang penat bila nampak makhluk besi terapung didepan mata. Hati mula melonjak untuk merasai apa yang ada didalam kapal hebat itu.
 |
LIBRA STAR CRUISE |
 |
Bersedia untuk berlepas |
 |
Penyambut tetamu dengan pakaian hawai menyambut kami dengan semyuman |
 |
Pintu masuk ke Kapal Star Cruise Libra |
Kami disambut oleh anak-anak kapal yang boleh abam kaw katakan sangat pemurah dengan senyuman. Begitulah yang kita inginkan bila disambut dengan penuh senyuman.
 |
'Kad pengenalan' yang digunakan sepanjang didalam pelayaran |
Untuk pengetahuan semua, kad pengenalan Malaysia 'tidak laku' bila kita berada didalam kapal ini. Kad pengenalan kita akan disimpan oleh pihak cruise dan hanya kad yang mereka sediakan saja yang digunakan sepanjang pelayaran. Kad ini bukan saja digunakan untuk membuka pintu bilik, malahan kad ini digunakan untuk akses kemana-mana bahagian.
 |
Staf sedang membuat pemeriksaan sebelum masuk kedalam kapal |
Dengan menggunakan kad ini, staf cruise akan mengenali kita sebagai penghuni cruise. Segala kawalan yang diberikan sebelum masuk kedalam cruise adalah sangat ketat untuk memastikan keselamatan semua didalam kapal.
Bila memasuki lobi cruise, kami didendangakan dengan musik yang slow hasil daripada bunyi piano. Sangat merdu.
Untuk makluman semua, soket yang terdapat didalam kapal ini adalah jenis internasional, jadi sebelum korang masuk kedalam bilik, korang singgah ke bahagian reception untuk minta soket plug untuk memudahkan proses mengecas bateri didalam bilik nanti. Semua pendaftaran hanya menggunakan 'kad pengenalan cruise' itu.
 |
Laluan ke bilik masing-masing seakan-akan didalam kapal filem TITANIC |
 |
Bilik kami yang sedia menanti |
 |
Dekorasi bilik yang sangat selesa |
 |
Bilik mandi juga sangat selesa |
LIBRA STAR CRUISE ini mempunyai sebanyak 677 bilik kabin dan boleh memuatkan seramai 1,345 penumpang dan pengunjung dalam satu-satu masa. Terdapat 7 jenis bilik yang korang boleh pilih bermula dari Inside stateroom sehinggalah ke Executive Suite .
 |
Pemandangan dikawasan kolam iaitu di deck paling atas.
Selain itu, kemudahan lain yang terdapat didalam kapal STAR CRUISE LIBRA ini seperti restoran halal, ruang khas untuk kanak-kanak bermain, pusat kesihatan, saunda & massage, golf driving range, sundeck (deck yang digunakan untuk melihat sekeliling dan juga unutk berjemur bagi sesiapa yang suka berejemur), kolam renang, jakuzi dan banyak lagi.
|
 |
Pemandangan hadapan kapal melalui camera yang dipasang dan disambung dengan chanel TV didalam bilik |
 |
Lakaran kapal yang sedang belayar boleh dilihat melalui sistem di TV didalam bilik |
Sekiranya korang malas untuk keluar melihat-lihat kawasan sekeliling, korang juga boleh melihat melalui tv yang dipasang didalam bilik. Perghhh hebat kot. Duduk dalam bilik korang boleh tengok keadaan sekeliling dan arah kapal yang sedang berlayar.
Secara keseluruhan, abam kaw sangat berpuas hati dan perasaan teruja tu masih ada bagai kan mimpi menjadi nyata walaupun jangkamasa yang singkat iaitu 2 hari 1 malam didalam kapal mewah ini. Kalau lagi lama mungkin banyak yang boleh patik ceritakan pengalaman didalam kapal betaraf 5 bintang ini. Apa pun terima kasih LIBRA STAR CRUISE untuk peluang yang patik terima ni.
Dan kepada semua yang ingin merasai apa yang patik rasa, korang boleh simpan-simpan duit dan boleh rasa pengalaman berada dikapal besar ini.
harap beta dapat pergi lagi ahhaa
ReplyDeleteCm charut aku jeee part beta tu kan. hahahaha
Deletewah, bestnyaaaa . saya rasa nak pergi =)
ReplyDeleteX yah laaa yam.. kang terarwah plk tgk atas tu kang. huhu
Deletemenarik bro... rasa excited lak nak rasa mengalaman bercuti gini...
ReplyDeleteKlu ade rezki g laaa nanti ms Paknil nanti ek...
Deletewah bestnya ko dapat melengcong kat kapal......
ReplyDeleteaku naik yg 4 hari tu ke krabi dan puket..memang ohsem....
ReplyDeletehow to go
ReplyDelete