Farm In The City | Kebun Dalam Bandar
Farm In The City | Kebun Dalam Bandar | Bagi sesiapa yang merasa diri mereka yang terlalu bandar sehinggakan tidak kenal binatang-bintang peliharaan, FARM IN THE CITY yang terletak di Taman Equine Seri Kembangan adalah jawapannya.
Patik dan beberapa rakan blogger telah dijemput oleh pihak penganjur VIRTUAL MALAYSIA & FARM IN THE CITY untuk bersama-sama dalam program santai sambil mengenali tempat ini. Akceli patik selalu jeee lalu highway bersebelahan tempat ini dan tertanya-tanya dimana pintu masuk kesini dan akhirnya sampai juga ketempat ini.
![]() |
Sign board yang menceriakan menyambut kehadiran kami |
Tempat yang boleh patik katakan sebagai tempat yang sesuai untuk beriadah dan juga sebagai tempat untuk mengeratkan silaturahim diantara ahli keluarga. Bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil yang ingin mengenali dunia binatang peliharaan, FARM IN THE CITY menekankan konsep apa yang dilihat boleh dipegang dan disentuh sendiri kecuali binatang yang agak berbahaya seperti ular dan juga buaya.
Pakej yang diberikan disini adalah sangat berbaloi. Dengan tiket masuk RM30 untuk dewasa dan RM25 untuk kanan-kanak menjadikan kunjungan korang semua ketempat ini akan digunakan dengan sebaik mungkin.
![]() |
Kaunter tiket masuk |
Rata-rata yang mengunjungi tempat ini adalah dikalangan ibu bapa dan anak pinak. Patik sebagai blogger yang masih tidak mempunyai keluarga hanya mampu melihat telatah mereka sesama ahli keluarga sambil berjalan-jalan menikmati apa yang dihidangkan di FARM IN THE CITY ini.
![]() |
Pertunjukan burung kepada pengunjung |
Seperti biasa jika ada taman peliharaan, pertunjukkan binatang adalah suatu bonus kepada pengunjung. Di FARM IN THE CITY ini, mereka juga ada pertunjukkan yang sangat best untuk pengunjung. Burung yang talah dilatih ini membuat persembahan yang sangat menghiburkan.
Selesai dengan persembahan ini, kami semua dibawa ketempat satu persatu kandang binatang yang dihimpunkan. Kadang disini adalah berkonsep bebas dimana binatang akan bebas berkeliaran dan pengunjung boleh untuk memegang dan beramah mesra dengan binatang-binatang ini.
![]() |
Pelbagai jenis binatang yang semuanya bebas |
Kebanyakkan binatang disini adalah binatang yang selalu dipelihara oleh kita kebanyakkan orang Malaysia seperti burung, pelbagai jenis ayam, itik, arnab, ikan kecil dan sebaginya dan BUKAN helang. Helang yang disini adalah jenis yang terlatih dan ianya jinak.
![]() |
Binatang yang boleh disentuh sendiri |
Bagi ibu bapa yang ingin memberi pengenalan kepada anak-anak berkenaan binatang dan juga tumbuhan bolehlah ke sini dan menikmati apa yangn dihidangkan disini.
Apa yang patik perasan, tempat yang menjadi tarikan adalah di ruang LONGKANG FISHING dimana anak-anak boleh menangguk ikan-ikan kecil sambil diawasi oleh ibu bapa. Selain itu, ruang BURUNG-BURUNG dimana disini terdapat pelbagai jenis burung yang bebas dan pengunjumg boleh memebri mereka makan dan yes mereka sangat comel.
![]() |
Horse riding |
Horse riding menjadi lokasi 'wajib' bagi kanak-kanak yang teringin untuk menunggang kuda. Kuda yang dimiliki oleh FARM IN THE CITY ini adalah jenis kuda padi yang kecil. Sangat comel kuda-kuda ini.
![]() |
Patik dan blogger lain |
Terima kasih kepada pihak VIRTUAL MALAYSIA dan juga FARM IN THE CITY kerana menjemput patik dan rakan blogger lain ke sini.
Bagi mereka yang ingin ke FARM IN THE CITY ini, landmark nya adalah di GIANT SERI KEMBANGAN atau pun berdekatan dengan PASAR BORONG SELANGOR. Atau pun korang boleh lawati:
ISNIN: 10.00am - 6.00pm
SELASA: TUTUP
RABU-JUMAAT: 10.00am - 6.00pm
SABTU & AHAD: 9.30am - 6.00pm
Wah2, dah update! Tapi, memang best tempat ni. Sangat interaktif dan rasa mcm balik kampung!
ReplyDeletebukan ker harga tiket dewasa rm30?
ReplyDeleteAda gambar anak kembar saya! hehehe
ReplyDeleteMenarik tempatnya dengan pengunjung berpeluang bermain dengan haiwan yang ada disitu.
ReplyDelete