GARDEN BBQ@PICC | Makan Malam Indah
GARDEN BBQ@PICC | Medan Makan Malam Indah | Pelbagai initaitif yang cuba pihak Perbadanan Putrajaya lakukan untuk menjadikan Putrajaya International Convention Centre, PICC sebagai sebuah lokasi bangunan yang 'hidup'. Dahulu orang sedia maklum, PICC hanylah sebuah bangunan kerajaan yang dipenuhi dengan bilik-bilik untuk seminar, mesyuarat dan juga mungkin untuk event konvokesyen.
Tetapi kini idea dari Perbadanan Putrajaya untuk membuka PICC kepada umum dengan menyediakan lokasi makan-makan yang sangat menarik.
Jika sebelum ini PICC dengan promosi mereka iaitu BUFFET LUNCH @ PICC [Link] dan kini mereka kembali dengan idea yang sangat fresh iaitu untuk menjadikan PICC sebuah tempat yang akan dijunjungi oleh orang ramai untuk melihat pemandangan yang indah dari atas bukit, lokasi dimana PICC terbina. ibuka untuk mereka-mereka yang ingin membuat seminar
Terbaru A.F.A dan beberapa blogger lain serta pihak media telah dijemput untuk oleh pihak PICC untuk merasai menu bersempena promosi dinner GARDEN BBQ@PICC.
![]() |
Chef yang menjadi tulang belakang dalam penyediaan menu. Pic kredit MAHAMAHU [Link] |
Korang semua jangan risau kerana menu yang disediakan untuk DINNER BBQ@PICC ni dikendalikan oleh chef-chef yang sangat berpengalaman. Menu yang terdiri daripada pelbagai jenis makanan termasuk nasi-nasi, lauk ala-ala western dan yang paling surga adalah menu BBQ yang terdiri daripada ayam, daging, udang dan yang paling best kambing golek yang sangat istimewa.
Apabila melangskah masuk, korang akan terpegun dengan pemandangan malam yang sangat cantik. Untungnya disini adalah pemandangan Putrajaya yang lebih bercahaya diwaktu malam. Tak pernah A.F.A membayangkan pemandangan yang indah dari atas bukit di PICC.
![]() |
Pemandangan GARDEN BBQ@PICC pada waktu malam. Pic kredit PICC |
Seperti biasa bila sebut BBQ pasti malam-malam indah kita akan lebih meriah dengan adanya aktiviti bakar-bakar dan juga asap-asap yang berterbangan. A.F.A juga ada bagi tau tadi, menu utama yang ingin disampaikan di DINNER BBQ@PICC adalah menu BBQ yang sangat sinonim dengan makan malam. Kambing bakar adalah menu yang cuba diketengahkan di GARDEN BBQ@PICC ini.
![]() |
Kambing golek dan beberpa menu BBQ yang lain. Pic kredit PICC |
Selain menu BBQ yang isitimewa, dinner GARDEN BBQ@PICC ini menyediakan side dish yang sangat menyelerakan. Selera atau tidak, korang tengok jee laaa gambar menu yang disediakan.
![]() |
Menu utama. Pic kredit [Link] |
![]() |
Menu pembuka selera. Pic kredit MAHAMAHU [Link] |
![]() |
Menu pencuci mulut. Pic kredit MAHAMAHU [Link] |
So bagaimana? Seronok tak agaknye GARDEN BBQ@PICC ni? Korang patut cuba kerana menu disini menjanjikan sesuatu yang menarik. Memang tak rugi mencuba sesuatu yang baru.
Untuk pengetahuan semua, pakej GARDEN BBQ@PICC ini akan berlangsung SEBULAN SEKALI iaitu pada SETIAP JUMAAT pada MINGGU TERAKHIR BULAN.
![]() |
Bersama geng GARDEN BBQ@PICC. Pic kredit PICC |
Terima kasih kepada pihak PICC terutamanya kepada En. Feroz dan Cik Kumari yang sudi menjemput A.F.A dan juga blogger-blogger lain untuk merasai menu isitimewa untuk GARDEN BBQ@PICC. Bagi sesiapa yang ingin mencuba makan malam disini boleh terus ke PICC atau pun membuat booking kepada:
En. Din: 019-4707794
Cik Kumari/ En. Feroz: 03-88876015
untunglerrrr dah lama tak bbq bagai nih
ReplyDeleteNmpk sgt menarik. Kuih muih pun nmpk sedap
ReplyDeletewahhh... kerlas ko kannn... mkn tmpt hebat2 jer... bab makan smue org jemput ko... sesuai sgt sbb bdn ko tetap maintain nipis... hebatt... apa rahsianya...
ReplyDelete