Konsert Stanza Cinta | Kolaborasi Yang Menyengat
Konsert Stanza Cinta | Kolaborasi Yang Menyengat | Bertempat di Panggung Sari Istana Budaya, KONSERT STANZA CINTA yang menghimpunkan 5 artis hebat diiringi oleh Okestra Simfoni Kebangsaan dan diarahkan oleh Mustafa Fuzer hasil kerjasama hebat daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan juga Istana Budaya.
Artis yang tidak kita nafikan mutu vokal seperti ADIRA, JACLYN VICTOR, NOH HUJAN, HAZIQ AF4 dan AMY SEARCH.
Bila melangkah masuk, A.F.A sangat teruja dengan dekorasi Istana Budaya yang memang tinggi nilai estetika kemelayunya dengan ukiran-ukiran didalam dewan tersebut.
Bagi A.F.A yang secara jujur masuk ke Istana Budaya ini dapat disimpulkan bahawa kehebatan pentas Panggung Sari Istana Budaya memang tidak dalat disangkal kerana teknologi naik turun pentas, efek pentas, efek lampu dan juga efek persembahan adalah memang sangat hebat. Patutlah orang cakap, Istana Budaya ini adalah sebuah pentas bertaraf dunia. Yesss A.F.A akui benar !!
Untuk pengetahuan semua, KONSERT STANZA CINTA ini adalah untuk menyambut Ulang Tahun ke 30 UUM dan juga sebagai tribut kepada peristiwa kehilangan pesawat MH370.
Lagu-lagu yang didendangkan adalah lagu yang bersesuaian dengan apa yang kita rasai sekarang ini iaitu peristiwa kehilangan pesawat MH370. Kesemua lagu memang mempunyai rasa kepada perasaan itu.
![]() |
Adira |
Lontaran suara ADIRA dengan menyampaikan lagu DEWI CINTA, KU ADA KAMU dan juga duet bersama JACLYN VICTOR dengan lagu CINTA. Perghh memang lain betul dengar dekat radio dan juga live. Meremang dek oii.
![]() |
Jaclyn Victor |
Kehebatan vokal JACLYN VICTOR memnag tidak dapat disangkal lagi. Bila part tarik tu, A.F.A bagai rasa nak pitam kejap. Sangat Sedappp. Jac mendendangkan BERSAMA KAMU, I WILL ALWAYS LOVE YOU dan lagu JAGALAH DIRI.
![]() |
Noh Hujan |
NOH dari kumpulan HUJAN juga antara yang ditunggu-tunggu untuk membuat persembahan. Dengan menyampaikan lagu KOTAK HATI, BILA AKU SUDAH TIADA dan ANGIN KENCANG.
![]() |
Haziq AF4 |
Anak muda kelahiran AF4, HAZIQ yang mempunyai vokal yang cukup unik mirip-mirip menyanyi lama ini diberi peluang untuk menyampaikan lagu duet berjudul JUITAKU SAYANG.
![]() |
Amy Search |
Pengakhiran kepada 5 suara yang menyengat ini adalah dengan penampilan otai kita iaitu AMY SEARCH. Beliau telah mendendangkan lagu ISABELLA, GADISKU dan TIADA LAGI. Wahhh semua lagu yang sangat nostalgia kot.
A.F.A turut memeriahkan majlis |
Akhir kata terima kasih kepada semua kerana sudi menjemput A.F.A untuk menonton majlis pra-tonton KONSERT STANZA CINTA pada 3 April 2014 yang lalu.
Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya juga ya. Terima kasih.
ReplyDeletehuyoo dia masuk istana budaya
ReplyDelete