Bukit Panorama | Lokasi Tarikan Bangkit Matahari
Bukit Panorama | Lokasi Tarikan Bangkit Matahari | Keingian untuk melihat matahari terbit menjadi kenyataan apabila abam kaw berjaya sampai ke tempat yang dipanggil Bukit Panorama yang berlokasi di Sungai Lembing, Pekan Pahang.
Sebenarnya abam kaw ni dah lama tak buat kerja-kerja exercise memanjat-manjat gini sebab memang tak sempat dek kekangan bekerjaya plus dengan weekly trip atau segala apa jua event. So ini adalah event yang memerpukan abam kaw untuk melakukan aktiviti sebegini.
Untuk pengetahuan semua abam kaw telah menginap di Lake Chini Resort dan perjalanan ke dari resort ke sini adalah dalam lebih kurang 2 jam perjalanan. Seawal 2 pagi lagi abam kaw dan 2 lagi rakan media lain telah bergerak dengan diiringi oleh staf Tourism Malaysia Pahang menuju kesini.
Setibanya dikaki Bukit Panorama ini, abam kaw berase agak ok lg kerana bukit ini menyediakan laluan bertangga dan bukan seperti laluan berbukit biasa. Fiuuhhh disitu sudah kira ok.
Perjalanan bermula lebih kurang 5.30 pagi dan memakan masa lebih kurang 45 minit mendaki rupanya tidak semudah yang disangka kerana pada suatu tahap abam kaw rasa bagai nak give up dan mahu turun dan tidak mahu meneruskan. Atas dorongan rakan lain, abam teruskan secara perlahan-lahan.
![]() |
Keadaan matahari naik |
Alhamdulillah, abam kaw akhirnya berjaya sampai diatas puncak Bukit Panorama ini lebih kurang dalam 6.15 pagi.
Pemandangan demi pemandangan terpaksa ditunggu bagi melihat matahari ini terbit. SubhanAllah, sangat cantik kebesaran DIA bagi memulakan suatu hari yang baru. Matahari yang keluar seawal pagi itu sangat-sangat cantik bagi abam kaw ni haa. Tak dapat diunggkap dengan kata-kata kerana ini adalah kali pertama didalam hidup selama 29 tahun hidup didunia ini.
![]() |
Pemandangan yang berawan |
Bila dah berada diatas Bukit Panorama ini, korang akan merasakan bagai berada disuatu tempat yang lain. Ala-ala diatas awang-awangan macam tu laa. Sebab keadaan sekeliling yang sejuk dan juga dikelilingi dengan kabus/awan yang memenuhi ruang.
![]() |
Puncak bukit yang lain |
Demi menunggu kabus ini hilang dari pemandangan, abam kaw sempat laa ketip-ketip gambar lain. Untuk pengetahuan semua, jika kabus ni hilang, korang akan melihat kawasan pekan Sungai Lembing dengan jelas dari puncak bukit ini.
![]() |
Kabus yang melitupi kawasan |
Malangnya, sehingga lebih kurang 9.00 pagi kabus ini masih lagi menutupi kawasan. Disebabkan kami rakan media perlu untuk cover kawasan lain, makan kami pun memutuskan untuk turun dari Bukit Panorama ini untuk kelokasi lain.
Apa pun pengalaman melihat matahari naik ini sesuatu pengalaman yang sangat indah dan berharga.
Bagi sesiapa yang ke ara Sungai Lembing, Pekan Pahang, silalah berkunjung dan rasai pengalaman ini. Korang pasti akan seronok !!
subhanAllah
ReplyDeleteBoleh laaa kalau nak p nanti.. best !!!
Deleteberkabus dh macam panjat kinabalu
ReplyDeleteohsem!
Iyeee.. sangat best penaberkala...
Deletememang sangat cantik...alhamdulillah...nak pergi belum masanya dpt kejutkan semuanya bangun pagi buat aktiviti terus...konpem semua ready pukul 10pagi..tang matahari dah mencanak!...grrrr
ReplyDelete