Murtabak Mengkasar | Murtabak Popular Pekan
![]() |
Murtabak Mengkasar | Murtabak Popular Pekan | Jika singgah ke Pekan Pahang korang jangan lupa untuk merasai murtabak yang sangat popular yang dikatakan murtabak kegemaran Sultan Pahang dan digelar sebagai murtabak diraja.
Apa yang menariknya murtabak ini adalah cara pembuatannya yang sangat unik. Kebiasaannya murtabak terhasil apabila doh yang ditebar seperti roti canai dan dimasukkan intinya makan terjadinya murtabak tetapi murtabak ini berlainan. Intinya akan dimasak dahulu menjadi kepingan kepingan. Kemudian curahan cair seperti lempeng akan disalut kepada inti murtabak tersebut.
Bagaimana pula dengan rasanya? Yesss bagi abam kaw yang telah merasai semasa jelajah ke Pahang tempoh hari, rasa murtabak ini sangat-sangat berlainan dengan yang sedia ada. Murtabak singapura dan lain-lain murtabak sangat berlainan dengan rasa murtabak disini.
![]() |
Murtabak special |
Harga yang dikenakan adalah sangat berbaloi dengan hanya RM8.00 untuk murtabak special dan RM6.00 untuk murtabak biasa. Untuk pengetahuan semua, abam kaw anggap murtabak ini boleh dimakan dengan 2 orang untuk 1 hidangan dan ianya sangat kenyang selepas menjamahnya.
Bagi sesiapa yang ingin merasai murtabak diraja ini, bolehlah kelokasi ini. Lokasi ini berdekatan dengan MUZIUM SULTAN ABU BAKAR dan berdekatan dengan SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH
![]() |
Pelan lokasi. Kredit pic Kuji2.com [Link] |
sebagai orang pahang,cik ngah kena pi cari ni...ermmmm
ReplyDeleteDulu xsuka makan murtabak ni, but now, dah makan sikit2 :p . Sedapppp pulak nanpak!
ReplyDeleteMemang betul2 sodap ni murtabak ni...haishhh cepat lah gaji nk pi JJCM ni heheheh...review yg bagus
ReplyDelete