Nasi Ambeng | Makanan Tradisi Masyarakat Jawa


Nasi Ambeng | Makanan Tradisi Masyarakat Jawa | Nasi Ambeng yang sangat popular dikalangan masyarakat jawa ini selalunya akan muncul ketika  majlis keraian seperti kenduri kawen atau pun lain-lain kenduri. Semalam sempat laaa abam merasai nasi ambeng setelah sekian lama tak merasainya. TQ jiran sebelah rumah sebab cuba mengembalikan nasi ambeng walaupun dalam keadaan moden iaitu dibungkus siap-siap. 

Kalau dahulunya, nasi ambeng ini akan dihidangkan dengan menggunakan talam / dulang dan biasanya tetamu akan duduk secara bersila dan 1 dulang akan dikongsi bersama empat orang tetamu. Kebiasaannya tetamu akan menjamah sedikit dan selebihnya akan dibungkus dan diberikan kepada 4 bahagian. Korang boleh bayangkan tak bila sedulang lauk. Mau terpitam kejap tengok kan. 

Untuk pengetahuan semua yang tidak mengenali apa itu nasi ambeng, nasi ambeng mengandungi nasi putih sebagai main dish dan ditambah dengan lauk-lauk lain seperti ayam masak merah / ayam masak kicap / ayam masak sambal. Selain itu menu WAJIB yang berasaskan tempe mesti ada tak kiralah dimasak bagaimanpun seperti masak sayur campur / sambal tempe, serunding kelapa dan juga menu tambahan seperti mee goreng / bee hoon goreng mesti ada. Tidak lupa ikan masin bulu ayam mesti ada, barulah lengkap juadah nasi ambeng ini. 

Sekarang ni dah jarang orang-orang jawa mengamalkan tradisi ini dan kalau ada mereka akan tempah & siap-siap bungkus yang mungkin berharga RM5.00 - RM8.00 sebungkus bagi memudahkan tetamu bawak balik. Tapi perasaan makan bersama didalam dulang mesti sangat menyeronokkan. 

Pengalaman abam masa abam kaw muda-muda pernah jugak laaa merasa makan didalam dulang ni, tapi kini dh sangat jarang berlaku. Kena kembalikan zaman kemahsyuran tradisi nasi ambeng

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN