PNB ILHAM RESORT Port Dickson | Lokasi Percutian Selesa


PNB ILHAM RESORT Port Dickson | Lokasi Percutian Selesa| Terima kasih kepada PNB ILHAM RESORT kerana memberi peluang abam kaw dan beberapa rakan lain untuk menginap di resort yang dikatakan sangat ohsem !!! 

Perjalanan dari Bangi ke PNB ILHAM RESORT ini memakan masa lebih kurang 2 jam dan korang akan exit ke Port Dickson. Lokasi resort ini adalah berdekatan dengan Teluk Kemang dan Kem Tentera. 

Voucher yang diberikan
Sebenarnya abam kaw telah memenangi pakej percutian 2 hari 1 malam untuk jenis bilik standard room kerana telah menjawab soalan bagi program yang telah dianjurkan oleh radio EWANA.FM

Sebaik melangkah sampai ke resort yang dikategorikan sebagai hotel bertaraf 4 bintang ini, abam kaw diberitahu bahawa sedikit perubahan telah berlaku dimana kami diberikan bilik didalam sebuah apartment. Wow tak dapat bayangkan bagaimana keadaan apartment yang akan abam kaw terima nanti.

Bila buka jeee pintu apartment kami, ini dia yang abam sediakan untuk tontonan korang semua.

Keadaan apartment yang sangat-sangat selesa dengan ruang makan yang serba ringkas, ruang menonton tv yang sangat selesa dan juga diberikan dapur yang simple sesuai untuk membancuh air. 

Ruang makan dan ruang tamu
Dapur yang ringkas
Ruang tamu dan ruang santai
Beralih pula bilik kami pula. Yesss ini adalah keadaan bilik yang abam kaw terima . Bilik ini menyediakan 2 single katil yang sangat selesa. Secara keseluruhannya, abam kaw sangat-sangat mencadangkan kepada sesiapa yang ingin bercuti kesini.

2 katil bujang
Ruangan lain
Sebenarnya sepanjang 2 hari 1 malam disini, tiada apa aktiviti yang dapat dilakukan bagi abam kaw ni haa disebabkan masa yang terlalu singkat. So abam dan rakan-rakan lain membuat keputusan untuk berjalan-jalan ke pantai yang berhampiran dengan resort ini.

Oh sungguh terkejut bila abam sampai kesini kerana selama ini abam sangkakakn PD sebuah pantai yang sangat keruh. Tetapi kawasan disini sangat jernih air lautnya.Memang abam sangat-sangat tak sangka PD mempunyai air laut yang jernih seperti dikawasan ini. Abam lihat memang kawasan ini masih ramai yang tidak tahu lagi dan seperti biasa Teluk Kemang menjadi lokasi yang sangat padat dek pengunjung yang ramai. 

Rakan yang menemani 
Abam bersama mereka
So aktivit yang ditunggu-tunggu adalah mandi manda menjadi topik utama. Rugi pulak bila tengiok air dah jernih tak mandi kan. So ape lagi, mandi time !!!!

Yesss sangat best !!
Lepas berenang-renang di laut ni, kami pun balik ke resort untuk merasai apa servis yang yang diberikan oleh pihak resort. Tak guna kang nanti rugi pulak. So jom terjun !!!

Kolam disini adalah yang paling best pernah abam kaw rasai kerana keadaan yang boleh dikatakan selesa dan kedalaman yang sesuai dan tidak membahayakan pengunjung.

Merasai kolam renang disini
Secara keseluruhannya abam kaw berasa sangat berpuas hati dengan service yang diberikan selama 2 hari 1 malam disana. 

Kepada yang ingin berkunjung dan merasai pengalaman menginap disini bolehlah kealamat berikut:

PNB Ilham Resort Port Dickson
Batu 10 Tanjung Biru (10th Mile, Blue Lagoon) 
71050 Port Dickson , Negeri Sembilan 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLAND BERSAMA KELUARGA PASCA COVID 19 (PART 1)