Restoran Al-Qasr | Pengalaman Makan Sebuah Istana


Restoran Al-Qasr | Pengalaman Makan Sebuah Istana | Bertempat di Restoran Al-Qasr, Cyberjaya, abam kaw dan 2 orang rakan blogger lain iaitu MAWARDI YUNUS [Link] dan juga MOKA [Link] hadir untuk membuat food review makanan disini. 

Bila melangkah masuk, abam kaw terasa bagai dirasuk hantu arab kerana korang akan merasakan seperti makan didalam sebuah istana yang hebat dikawasan tanah arab sana tu haaa. Dengan kehalusan yang dipaparkan pada dinding dan juga dekorasi kedai sangat mengujakan.

Kehalusan dekorasi dinding restoran
Kebiasaan orang kita sebelum melangkah masuk, pasti bermain difikiran bagaimana pula dengan herga sekiranya dekorasi restoran yang sangat hebat ni. Abam kaw rasakan mesti harga yang ditawarkan sangat 'sesuai' dengan konsep hebat istana yang sangat indah itu. Tapi tekaan abam kaw adalah sangat melesat kerana korang pasti teruja degan harga makanan arab yang saaaaaaaaaangat berpatutan atau lebih mudah abam cakap adalah sangat murah berbanding restoran makanan arab yang pernah abam kaw rasai.

Arabic Bread
Arabic Bread ini adalah roti yang diberikan secara PERCUMA sebagai menyambut kedatangan tetamu. Dihidangkan secara panas dan bila dijamah, ianya sangat empuk dan lembut. 

Spicy Chicken Mandy
Spicy Chicken Mandy ini adalah yang jenis half chiken memandangkan kami yang datang adalah bertiga. Untuk pengetahuan korang, portion sebegini sangat banyak dan kalau dikira boleh dimakan dengan 4 atau 5 orang. Dihidangkan dengan sambal cili masam manis dan juga krim bawang putih sangat membuatkan sesiapa yang merasainya kesinambungan semua ini akan teringat-ingat untuk sampai kesana lagi. 

Musakhan Chicken
Musakhan Chicken ini adalah 1 lagi signature restoran ini. Menu ini didatangkan dengan cara roti yang empuk ditutup diatasnya dan didalamnya adalah masakan ayam dengan rasa sedikit pedas-pedas. Roti tadi akan dimakan bersama dengan ayam yang dimasak dengan bawang-bawang yang sangat banyak. Yesss abam kaw ni jenis suke makan bawang yang dimasak. So abam sangat suka dengan menu ini.

Lamb Kabab
Lamb Kabab ini juga adalah menu yang menjadi pilihan pengunjung. Pada awalnya abam telah memilih chicken kabab kerana abam kaw ni jenis tak makan kambing kerana bau hamis daripada kambing tersebut membuatkan abam akan terbayang seekor kambing yang bau masam didalam fikiran. Hahahaha.

Nak dijadikan kisah, chicken kabab telah kehabisan stok dan akhirnya abam akur dengan menu lamb kabab ini. Bila menjamah jee lamb kabab ni, abam dapat rasakan daging yang dimasak elok dan yang terbaiknya adalah rasa hamis kambing tu TIADA bagi menu ini. Ape lagi, abam sedap laa melantak.

Bersama pemilik restoran
Sambil menunggu makanan tiba, kami sempat dilayan oleh pemilik Restoran Al-Qasr iaitu En. Sulaiman Abdullah. Beliau menceritakan bagaimana tercetusnya idea untuk membina restoran berkonsepkan sebuah istana di timur tengah. Apa yang abam kaw boleh katakan idea yang dicetuskan ini adalah sesuatu yang tidak pernah anak melayu kita fikirkan. Banyak restoran arab yang dah abam kaw terjah, kebanyakkannya adalah idea asli pemilik bukan orang kita.

Menurut En. Sulaiman Abdullah, Restoran Al-Qasr ini bermaksud 'selamat datang keistana yang indah' dan bagi abam, ianya sangat sesuai dengan keadaan sekeliling yang ditawarkan oleh pihak restoran.

Abam kaw bertuah kerana pemilik restoran ini telah memberi kebenaran untuk kami menjengah kedapur untuk melihat sendiri oven dan juga keadaan dapur tempat mereka sampai nanti. 

Relau pembakar yang digunakan untuk membakar 
Relau pembakar ini digunakan untuk membakar segala jenis roti dan juga piza. Idea relau ini yang dibuat secara terbuka ini menjadi 1 tarikan untuk melihatnya secara dekat. Pengunjung yang datang pasti akan tertarik dengan idea relau pembakar secara terbuka ini. 

Ruang membakar

Selain relau pembakar yang terbuka, mereka juga membuat proses pembakaran segala jenis makanan secara terbuka. Untuk pengetahuan semua, abam kaw ingatkan mereka menggunakan oven untuk membakar lamb kebab atau pun makanan lain. Lepas abam masuk kedalam dapur, baru laa abam perasan yang mereka menggunakan dapur arang untuk membakar dan menggunakan teknologi penyedut asap untuk menyedut asap. 

Kawah berkedalaman 1 meter
Keunikkan lain disini adalah kawah yang berkedalaman 1 meter. Apa gunanya telaga ini? Telaga ini digunakan untuk memasak segala jenis nasi mandy tak kira chicken mandy ataupun lamb mandy. Caranya adalah dengan meletakkan ayam /  lamb diatas nasi dan kemudian periuk akan dimasukkan didalam kawah ini untuk proses masakan. 

Untuk pengetahuan korang, kawah ini adalah sangat panas kerana mereka memasak nasi mandy dengan menggunakan arang kayu dan lama kelamaan kawah ini sentiasa panas kerana wap panas ini telah diserap oleh dinding-dinding kawah ini. 

Restoran ini menyediakan 2 ruang makan yang sangat best iaitu ruangan berhawa dingin dan ruangan santai disebelah luar. Kalau korang jenis yang berangan-angan ala-ala duta tanah arab, ruangan dalam restorana dalah yang terbaik kerana dekorasinya yang sangat ohsem ! Korang saksikan laaa yee.
Keadaan ruang makan didalam restoran
Ruang makan dibahagian luar
Yesss abam kaw sangat berpuas hati dengan segala yang diberikan direstoran ini bermula dengan dekorasi sehinggalah dari menu makanannya. 

Ok laaa, bagi sesiapa yang ingin merasai apa yang abam kaw rasa, korang boleh laaa kealamat berikut:

Restoran Al Qasr 
(berdekatan dengan KRU Akademi)
Street Mall,
Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya, Selangor

Telefon: 03-83222220/011-1570 8721/012 -3133184
Instgram: #alqasr

Comments

  1. Cantek betul dekorasi die..nak masuk pon segan lah..hehe..tp kalau harge die berpatutan dan makanan pon sedap..apa salah kalau try kan.

    ReplyDelete
  2. Menarik deko hiasan dalaman terasa berada di restoran timur tengah. Beruntung dapat melihat dapur dan dikongsi info cara penyediaan.

    ReplyDelete
  3. wow! kalau gi KL sekali lg pasti abe kie akan jejak restoran ni. selalu mkn masakan melayu n siam teringin gak nak mkn masakan arab plak! abe kie dtg follow sini, #1085 ok?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN