Taste of Italy | Hidangan Sensasi Rasa Itali


Taste of Italy | Hidangan Sensasi Rasa Itali | Bertempat di Restoran Pizza Hut Pavillion Kuala Lumpur, sesi perkenalan menu baru telah diadakan. Abam kaw dan beberapa blogger lain telah turut sama didalam majlis tersebut. Terima kasih kepada Pizza Hut Malaysia kerana menjemput untuk merasai pengalaman bersama hidangan rasa Itali ini. 

Pizza Hut kembali dengan koleksi menu terbaru dari tempat lahir asalnya iaitu Itali dengan memberi kelazatan citarasa Itali. Promosi yang merangkumi sajian menarik dari piza ke pasta dan juga pembuka selera menampilkan penggunaan keju Itali yang istimewa, doh piza yang diuli dengan kasih sayang dari bahan yang segar dan berkualiti.

Dengan slogan "Nikmati sensasi rasa Itali", promosi menu terbaru dari Pizza Hut kali ini berinspirasikan masakan Itali yang dibuat dengan sepenuh hati seperti orang Itali menyediakan masakan mereka.

Untuk hidangan kali ini, TASTE OF ITALY memperkenalkan 3 koleksi makanan. Bermula dengan koleksi flatbread nya, pembuka selera dan juga koleksi hidangan pasta. 

Untuk hidangan flatbread, mereka menyediakan didalam 3 citarasa. Bagi yang menggemari ayam, pasti akan menyukai Piza Ayam Florentine dan juga Piza Ayam Romano. Bagi penggmar daging lembu, Piza Daging Tuscan adalah jawapannya dengan kenikmatan hirisan daging yang empuk. 

Koleksi piza roti leper
Bagi menambah selera, koleksi menu pembuka selera turut disediakan. Bruschetta Italiano dan Bebola Daging Mama Mia juga boleh meninggalkan kesan didalam pengalaman TASTE OF ITALY ini. 

Koleksi pembuka selera
Tidak ketinggalan koleksi menu daripada kumpulan pasta. Fetticine Krim Bawang Putih dan Spegeti Ayam Pesto turut disediakan bagi penggemar pasta. Rasa herba yang digaul kemas didalam pasta memberi pengalaman enak seperti berada di Itali.

Koleksi pasta
Bagi yang ingin menikmati promosi TASTE OF ITALY ini direstoran, Pizza Hut menawarkan pakej Signature Course dan Ultimate Course. 

Signature Course menawarkan 1 pilihan piza, 1 pilihan pasta, 1 hidangan Bruschetta Italiano dan 2 gelas Pepsi pada harga RM32.90 (jimat Rm15.20). Manakala Utlimate Course menawarkan 2 pilihan piza, 1 pilihan pasta, 1 hidangan Bebola Daging Mama Mia dan 1 jug air Pepsi pada harga RM59.90 (jimat 26.50).

Promosi TASTE OF ITALY ini juga menyediakan perkhidmatan penghantaran atau bawa pulang melalui pembelian BIG ITALIA BOX yang mengandungi 1 pihan piza, 1 pilhan pasta, 8 ketul Bruschetta Italiano, 4 ketul drummet New Orleans dan 2 mangkuk sup harian pada RM49.90 (jimat 13.17).

Abam kaw bersama koleksi menu terbaru Pizza Hut 'TASTE OF ITALY'

Promosi TASTE OF ITALY ini boleh mula didapati diseluruh restoran Pizza Hut seluruh Malaysia samada untuk makan direstoran atau dibawa pulang bermula 17 April 2014.

Abam kaw sangat suka dengan TASTE OF ITALY dan sudah mencuba. Anda bila lagi???

Comments

  1. Jom gi makan pizza lagi...
    Abam pap pap pap blanja pliz

    ReplyDelete
  2. Jangan lupa makan untuk voucher yang diorang kasi tu yea....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa.. ujung bulan ni abis dh. takot lupe jee nanti tu haa..

      Delete
  3. nampak sedap je pizza baru nie...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN