BANGI GOLF RESORT | Promosi Menu Berbuka Puasa 2014
BANGI GOLF RESORT | Promosi Menu Berbuka Puasa 2014 | Pejam celik bulan ramadhan akan menjengah kita lebih kurang dalam 2 minggu lagi. Untuk kisah bulan ramadhan nanti, bertempat di Bangi Golf Resort, abam kaw telah dijemput untuk sama-sama ke sesi perkenalan menu ramadhan buffet 2014.
Ini adalah kali pertama abam kaw dijemput untuk merasai menu mereka dan lokasinya sangat-sangat dekat dengan rumah abam kaw ni haa. So bolehlah keluar rumah dengan sedikit lambat.
Sesampai dilokasi, ruangan dewan telah dipenuhi dengan ramai blogger yang dikenali dan juga baru abam kaw kenali.
So, jom kita jalan-jalan apa makanan yang dihidangkan kepada kami semua sekaligus akan dihidangkan nanti pada bulan ramadhan yang akan mendatang nanti. Untuk pengetahuan semua, makanan yang dihidangkan ini khabarnya lebih dariapda 200 jenis menu yang boleh abam kaw katakan sedap-sedap belaka.
![]() |
Saus Vide Eggs with Mushroom Espuma |
Sebenarnya ini adalah telur separuh masak dan ianya dihidangkan memang sangat-sangat berlainan daripada biasa. Untuk pengetahuan semua, abam kaw ni jenis susah nak makan telur-telur lembik ni. Meremamng jee tekak ni bila menelan telur ni. Tetapi telur setengah masak ini dimasak dengan baik sekali. Tida hanyir da ianya sungguh sedap.
![]() |
Dibahagian masakan barat pula terdapat makanan seperti beef lasagna, spegeti bersama sos carbonara ayam dan ayam tanpa telang bersama sos cendawan yang sangat-sangat enak rasanya turut dicadangkan oleh pihak Bangi Golf Resort.
![]() |
Makanan barat |
Hidangan melayu untuk pembuka selera, goreng-goreng dan menu utama terlalu banyak nak abam kaw kongsikan seperti lemang beserta rendang daging, cucur udang, nasi beriyani, nasi ulam, gulai kawah daging, sambal sotong, ikan keli masak lemak cili api dan banyak lagi. Memang agak berpeluhlah nak merasa semua menu yang dihidangkan.
![]() |
Antara makanan melayu |
![]() |
Masakan melayu |
![]() |
Makanan yang dicadangkan |
Sebagai penutup kepada hidangan yang sangat banyak, pihak resort menyediakan pencuci mulut yang boleh dikatakan sebagai hebat. Antaranya buah-buahan tempatan, pelbagai jenis rojak buah, kuih muih melayu dan juga pelbagai jenis manisan moden yang lain termasuk puding dan juga kek.
![]() |
Buah-buahan tempatan |
![]() |
Pelbagai jenis kuih muih dan juga rojak buah |
![]() |
Manisan yang sedikit moden |
![]() |
Pelbagai jenis kek |
Masakan secara LIVE juga ditunjukkan disini seperti kambing bakar, sate daging & ayam bersama-sama kuah satay buatan sendiri dan tidak dilupakan koey tiaw goreng dan juga mee goreng mamak.
![]() |
Kambing golek |
Yang seronoknya nanti, kumpulan band akan mendendangkan lagu sebagai hiburan kepada pengunjung dengan memainkan lagu-lagu melayu tradisional bermula 6.30 petang sehingga 9.30 malam. Jangan risau dengan tempat letak kereta kerana di Bangi Golf Resort, mereka telah menyediakan tempat letak kereta yang memuatkan dalam 500 buah kereta.
![]() |
Bersama rakan blogger lain |
![]() |
Bersama Chef Kamarudin |
Bagi semua yang ingin merasai buffet ramadhan dari Bangi Golf Resort, korang boleh tempah atau datang terus dengan harga RM50 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Buffet ramadhan ini akan bermula pada 2-26 Julai 2014 nanti. Jangan risau kerana semua makanan yang dihidangkan disini telah mendapat sijil HALAL daripada pihak JAKIM dan semuanya halalan toiyiban.
Secara peribadi, abam kaw sangat-sangat berpuas hati dan korang abam cadangkan untuk mencuba merasai masakan semasa bulan ramadhan nanti. Terima kasih kepada Gangi Golf Resot Restoran kerana menjemput abam kaw ke majlis kali ini. Apa kata semua, jom ke Bangi Golf Resort !!!
Bangi Golf Resort Restoran
No. 1 Persiaran Bandar
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Telefon untuk tempahan: 03-89253728 / 03-821000265
Facebook: Bangi Golf Resort Restaurant
Website: www.bgrrest.com
Email: bgb.bangigolf@gmail.com
wahh mnyelerakan.. bnyak jenis juadah ada, seronok neh bukak pose ramai2 sama family :)
ReplyDeletetak update lagiii okay baiii HHAHA
ReplyDelete