Pak John Steamboat & Yong Tao Foo | Kelainan Buffet Ramadhan 2014




Pak John Steamboat & Yong Tao Foo | Kelainan Buffet Ramadhan 2014 | Lintas langsung dari Restoran Pak John Steamboat & Yong Tao Foo, E-Curve Damansara abam kaw dan rakan blogger lain telah dijemput untuk sesi merasai hidangan untuk promosi ramadhan buffet nanti. 

Berkonsepkan hitam & merah menjadikan restoran ini restoran ini kelihatan HOT dan sangat outstanding! Abam kaw secara peribadi sangat suka dengan konsep yang diperkenalkan. 

Sebelum kita tengok apa menu yang diperkenalkan untuk Buffet Ramadhan nanti, jom kita jalan-jalan melihat keadaan restoran ini. 

Ruang makan yang sangat luas & selesa dengan hawa dingin
Penyediaan setiap meja
Ruangan lain direstoran
Ruang cuci yang sangat bersih
Pelanggan yang memenuhi ruang
Selesai melihat dan meronda sekitar restoran, jom abam kaw ceritakan sedikit berkenaan Buffet Ramadhan yang akan dibuka nanti bermula ramadhan nanti. 

Makanan yang diperkenal sempena Buffet Ramadhan nanti
Untuk Buffet Ramadhan daripada Restoran Pak John Steamboat & Yong Tao Foo, dengan harga RM39++ sekepala bermula 28 Jun 2014 sehingga 29 Julai 2014 korang akan dihidang dengan hidangan berkonsepkan RAMADHAN BUFFET dimana sedikit sentuhan kelainan terhadap juadah makanan akan diberikan kepada para pengunjung kerestoran ini nanti. 

Keunikkan direstoran ini terletak kepada Steamboat, Yong Tao Foo & Grill dimana sup yang mereka sediakan adalah sangat-sangat berlainan berbanding dengan restoran lain. Terdapat 5 jenis sup yang sedia ada yang mereka tawarkan iaitu sup tulang, sup tomyam, sup kari, sup miso, sup ayam dan yang TERBARU SUP UDANG yang akan dikeluarkan pada musim ramadhan nanti. Bagi abam kaw, sup udang ini adalah yang tersedap diantara 5 sup yang lain. 

Selain itu menu yang lain yang akan dihidangkan semasa buffet ramadhan nanti adalah ayam masak coke dimana ayam ini ditambah rasa dengan air coke dan memang unik rasanya. 

Ayam masak coke
Rendang daging & rendang ayam juga antara menu yang akan diketengahkan semasa buffet ramadhan nanti di restoran ini. Selalu nak tunggu raya jee menu sebegini akan kelaur, tetapi di Pak John ini korang akan dapat hilang kerinduan dengan redang ayam dan daging.

Rendang daging
Rendang ayam
Selain itu, menu seperti NASI PULUT SUMBAT ini adalah 1 lagi menu yang abam kaw suka. Dengan rasa pulut yang sangat lembut dikukus enak dan ditambah dengan sambal udang kering yang rasanya seperti rendang adalah menu terbaik untuk dicuba. Terbayang-bayang rasa didalam kepala abam kaw ni semasa menulis entri ni haaa. Memang sangat sedap.

Nasi pulut sumbat
BUBUR RAMADHAN ini juga antara menu yang akan diperkenalkan semasa buffet ramadhan nanti. Bubur yang manis dia yang boleh abam kaw terima kerana tidak terlalu lemak dan tidak terlalu manis ini menjadi pilihan abam kaw. Bubur yang dicampur dengan pisang dan juga betik memberi kelainan terhadap menu bubur ini. 

Bubur ramadhan
SAYURAN TEMPURA ini juga menjadi menjadi pilihan didalam juadah berbuka nanti. Siapa sangka sedap juga bila sayur-sayur seperti putik jagung, lobak merah, terung dan sayur-sayur lain digoreng dan memang sedap dimakan begitu sahaja diwaktu panas. 

Sayuran tempura
Selain menu-menu istimewa yang akan diperkenalkan tadi, korang boleh merasa menu-menu lain yang boleh dipanggang atau direbus dengan pelbagai jenis sup yang sangat enak. Disini terdapat lebih daripada 100 menu yang boleh dicuba. Berkonsepkan ALL YOU CAN EAT, korang boleh menjamah segala jenis juadah dengan hanya 1 harga. termasuk segala jenis makana, manisan (buah-buahan, puding dan juga ais krim) dan juga minuman yang berlainan daripada restoran lain.

Hidangan yang boleh dipanggang
Pelbagai sayuran
Pelbagai makanan lain
Dimsum
WAFFLE AIS KRIM ini menjadi pilihan tekak abam kaw kerana keunikkan rasa disini sangat-sangat berlainan jika berkunjung kerestoran lain. Menu ini menjadi menu pilihan pengunjung disini untuk dirasai. So sesiapa yang datang, sila rasai WAFFLE AIS KRIM ini. 

Waffle aiskrim

Berlainan dengan restoran lain, Pak John Steamboat & Yong Tao Foo menyediakan minuman yang sangat fresh dan boleh dikatakan agak mahal dengan harga yang sangat berbaloi iaitu RM39++ sekepala. Pelbagai jenis minuman sejuk dan panas korang boleh cuba sepanjang disini. 

Pelbagai jenis minuman sejuk & panas
Selain itu kelainan yang berbaloi disini adalah koleksi AIS KRIM yang diberikan. terdapat 2 jenis ais krim yang ditawarkan dengan pelbagai jenis perisa iaitu ais krim potong dan juga ais krim yang kita kita boleh pump sendiri. memang berbaloi bagi penggemar ais krim untuk datang kesini. Selaian itu jagung kukus juga disediakan sebagai pencuci mulut. 

Ais krim potong
Jagung kukus & Ais krim
Promosi buffet ramadhan

Terima kasih kepada Pengurus PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO, Miss Jackie Tan dan semua team restoran Pak John kerana menerima kehadiran abam kaw dan layanan yang sangat mesra.



Bagi semua pembaca blog Ahmad Fauzi Aryaan yang ingin merasai menu buffet ramadhan ini, korang boleh ke PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO yang sudah tentu HALAL boleh lawati:


PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO
Lot LG-13A & LG-15, 
Lower Ground Floor, Ecurve.
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya, Malaysia

Website: www.pakjohn.com


Instagram: #pakjohn

Comments

  1. ni kalau gi ramai2 ni best..teringat masa makn steamboat kat seoul garden...byk aneka pilihan kot...

    ReplyDelete
  2. wah.. dah ada review nih.. hee.. leh gi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat laa menjengah restoran ni yeee..

      Delete
  3. murah juga tuer,tambahan untuk kanak kanak bawah 8 tahun free.
    mostly restoren below 100cm baru free

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN