TEATER PROJEK KAHWIN | Hasil Seni Anak Muda di Istana Budaya
Tempoh hari abam kaw dan beberapa blogger lain telah dijemput untuk merasai pengalaman menonton TEATER PROJEK KAHWIN ini yang telah selamat berlangsung di Istana Budaya bermula 6 - 14 Jun 2014 tempoh hari.
![]() |
Izzue Islam sebagai Rizal & Jijie. Kredit pic CLORA STUDIO [Link] |
Mempertaruhkan pelakon yang popular seperti Izzue Islam, Kila fairy, Hanes Suraya dan Shah Iskandar serta dibantu dengan watak-watank yang sangat-sangat berbakat besar seperti Zulin Aziz, Sherry Al-Hadad, Kaka, Atoi Tohet, Fazleena Hishamuddin, Shah Kimin dan Azhar Zainal menjadikan TEATER PROJEK KAHWIN ini sesuatu yang sangat santai dan sempoi.
![]() |
Penampilan khas Imam Muda Asyraf. Kredit pic CLORA STUDIO [Link] |
Turut ditampilkan didalam teater ini adalah Imam Muda Asyraf sebagai moderator yang menyampaikan tazkirah dan nasihat-nasihat yang sangat berguna kepada bakal-bakal pengantin sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Bagi abam kaw, teater ini sangat-sangat meninggalkan kesan kepada para penonton dan secara peribadi pada diri abam kaw ni haaa yang tak lama lagi akan menamatkan zaman bujang perlu mendengar nasihat yang didampaikan didalam teater ini.
![]() |
Otai Tohet sebagai Mail. Kredit pic CLORA STUDIO [Link] |
Teater yang bagi abam kaw sangat TERBAIK ini disampaikan dengan penuh mesaj dan sangat-sangat santai sambil diselit dengan muzikal yang sangat berkait dengan lakonan yang disampaikan. Abam kaw sangat-sangat berpuas hati bermula dengan lakonan sehinggalah apa yang mereka telah berikan kepada penonton.
Apa yang abam kaw dapat daripada teater ini adalah, bersederhana didalam melakukan sebuah majlis dan tidak membazir. Selain itu keputusan yang diambil perlu dilihat kedua-dua belah pihak dan bukan mengikut apa yang orang lain akan kata atau buat. Pihak perempuan perlu melihat kemampuan bagi pihak lelaki untuk memberi didalam melakukan majlis dan akhir sekali kehidupan selepas perkahwinan adalah lebih penting daripada berhabis demi majlis yang beberapa hari berlangsung.
![]() |
Sempat berselfie bersama pelakon utama & juga pengarah projek |
Apa pun abam kaw berpuas hati dan mengucapkan tahniah kepada TEAM PROJEK KAHWIN kerana memberikan kami para penonton sesuatu yang sangat-sangat sinonim dengan isu terkini. Semoga hasil-hasil seperti ini akan terhasil dimasa akan datang. InsyaAllah.
Kepada sesiapa yang ingin melihat apa yang berlaku sepanjang di Istana Budaya, korang boleh tengok di instagram dan hashtag #projekkahwin. pelbagai ragam yang korang boleh lihat disana.
Akhir sekali, terima kasih ISTANA BUDAYA kerana menerima kami semua untuk menonton TEATER PROJEK KAHWIN.
Comments
Post a Comment