TUNE HOTEL KLIA2 | Pengalaman Merah Hitam Putih
![]() |
TUNE HOTEL KLIA2 | Pengalaman Merah Hitam Putih | Perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit dari Stesen ERL Putrajaya dengan hanya RM6.20 untuk sampai ke stesen KLIA2.
Peluang abam kaw untuk bermalam di TUNE HOTEL KLIA2 agak teruja kerana ini adalah pengalaman pertaman abam untuk merasai sendiri pengalaman bermalam dihotel ini yang lokasinya betul-betul bersebelahan dengan terminal KLIA2 & menjadikan lokasi hotel ini agak strategik bagi sesiapa yang akan berlepas agak sedikit lewat dari apa yang dijangka.
Bila melangkah masuk ke hotel ini, korang akan terpukau dengan hidangan mata yang sangat mengujakan. Warna yang diberikan adalah sangat bomm dengan menggunakan rona merah, putih dan hitam yang sangat sinonim dengan mana-mana yang menjadi salah sebuah anak syarikat AIR ASIA.
![]() |
Kaunter daftar masuk |
Juga disediakan disini adalah ruang lepak-lepak yang sangat ohsem. Tak tau abam kaw nak cakap macam mana. Semuanya sangat cantik. Mule laa abam kaw berangan nak nak deco macam ni. Huhuhu
![]() |
Tempat lepak yang santai |
Ruangan kiosk self check-in turut disediakan di TUNE HOTEL KLIA2 ini bagi memudahkan kepada sesiapa yang tidak sempat untuk check-in sebelum ini. Turut disediakan masa perlepasan dan masa mendarat bagi setiap penerbangan bagi memudahkan pengguna disini.
![]() |
Kiosk check-in |
Kemudahan internet dan komputer juga disini bagi memudahkan pengguna untuk melayari internet. Apa yang abam kaw perasan jam yang dipaparkan didinding menunjukkan keadaan masa disetiap negara yang berlainan. Sangat unik.
![]() |
Kemudahan internet. Kredit pic [Link] |
![]() |
Warna yang sangat menarik perhatian |
![]() |
Pelbagai jenis perabut |
![]() |
Ruangan yang sangat selesa |
Bilik tidur yang diberikan oleh pihak TUNE HOTEL KLIA2 ini memang sangat-sangat selesa. Anggaran keselesaan bilik ini adalah untuk 2 orang. Tapi kalau korang dah sesak sangat, 3 orang sekali masih dianggap selesa.
Untuk pengetahuan semua terdapat 3 jenis bilik yang disediakan disini iaitu double room (312 buah bilik), single room (84 buah bilik) dan family room (4 buah bilik) yang dianggarkan lebih kurang 400 buah bilik kesemuanya dan adalah TUNE HOTEL terbesar di Malaysia.
![]() |
Katil |
![]() |
Meja tulis |
![]() |
Dekorasi dinding |
Selain bilik yang sangat selesa, jom kita lihat kemudahan tandas pula. Bagi abam kaw, tandas mereka adalah sangat-sangat puas hati tetapi berhati-hati kerana pintu utama ke bilik mandi adalah tidak berkunci dan sedikit transparent. Hahahaha
![]() |
Mesin pengering rambut |
![]() |
Tandas jenis duduk |
![]() |
Ruang mandi |
Secara keseluruhan TUNE HOTEL KLIA2 ini menjanjikan suatu pengalaman yang best semasa bermalam disini. Bagi sesiapa yang ingin merasai pengalaman seperti abam kaw ni haaa, bolehlah ke:
Tune Hotel - klia2
Lot Pt 13, Jalan KLIA 2/2,
64000 KLIA, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03 – 87871720
Website :
Dan sekiranya korang upload gambar diinstagram sepanjang berada disana, korang boleh hashtag kepada #tunehotelklia2 .
RM 6.20 lah wei huhu
ReplyDeleteBoleh dikatakan selesa dan cantik dekorasi dalaman di Tune hotel ini.
ReplyDeleteBagaimana dengan harganya?
ReplyDeletewow nampak kemas dah eksekutif sgt...
ReplyDelete