Dilema Review Produk | Isu Yang Wajar Dipandang


Dilema Review Produk | Isu Yang Wajar Dipandang | Blog adalah suatu lagi medium hebahan yang KEKAL untuk mempromosikan barangan atau apa jua hal. Berbanding media lain, media blog adalah suatu media yang cepat dan ianya bersifat KEKAL dimana selepas ianya dipublishkan, ianya akan kekal didalam alam maya melainkan ianya dipadamkan. 

Tapi ada sesetengah pihak yang hanya memberikan produk dan meminta kita rakan-rakan blogger TANPA BAYARAN! Bukan bayangan yang menjadi ukuran. TAPI akibat daripada review tu yang lebih penting.

Abam terbaca untuk satu update entri dari blogger otai abang Ben Ashaari melaui entrinya bertajuk BILA REVIEW PRODUK [Link], abam terpanggil untuk membuat entri yang lebih kurang sama. 

Potongan kata-kata BEN ASHARI  [Link]
Ada dikalangan orang luar yang ingin menggunakan perkhidmatan abam kaw untuk mempromosikan produk mereka secara PERCUMA dengan hanya cukup dengan memberi produk, cuba dan menulis / promote dengan kata-kata yang baik. 

Abam nak tanya balik kat korang, sekiranya abam makan / pakai produk korang TANPA sebaran bayaran, kepada siapa abam perlu minta untuk menanggung kos sekiranya sakit, kos perubatan dan sebagainya. Bukan kerana sebab "dia dah bagi makan cukup laa kan. Mahal ok produk dia ni" blogger boleh pejam mata untuk tidak melihat kemingkinan terjadinya AKIBAT SELEPAS itu. 

Isu BAYARAN menjadi topik utama dikalangan blogger dan pihak yang ingin memohon bantuan. Ade yang akan melebelkan "eleehhh blogger jee kot, bukan media mainstream yang glamor"

Yesss abam percaya blog masing-masing ada pengikut sendiri dan begitu juga dengan blog abam kaw ni haa. Kebanyakan orang cerdik sekarang ni akan google jeee apa jua jenis produk atau apa jua perkhidmatan melalui agen pencari sebelum mereka membeli sesuatu. Segala review yang akan muncul adalah luahan ikhlas daripada yang telah menggunakan, Itu beza blog dan juga media lain yang lebih bersifat pandangan peribadi.

Abam secara peribadi akan menulis apa yang abam rasa dan apa yang abam kaw alami berkenaan produk. Sekiranya benar-benar elok, baru abam akan cuba promote kepada pembaca semua.  Bukan mudah untuk review produk ini, silap langkah yang kena korang juga nanti. 

Sekadar perkongsian dan juga pandangan abam kaw terhadap isu ini. Semoga perkongsian ini dapat menyedarkan sesiapa yang berkenaan. Maaf sekiranya ada pihak yang terasa.

Comments

  1. betul tu.. nk review pn kena lah ikhlas dan betul

    ReplyDelete
  2. Kalau iklankan kat sokkabar/majalah pun kena bayar juga walaupun dah bagi produk

    ReplyDelete
  3. Nisa hanya akan review produk yang nisa nak, nisa suka dan memang nisa tau nisa akan guna. .. haa ni nak buat entry jugak ni. kalau teruskan menaip kan maunye ber-karangan kat sini

    ReplyDelete
  4. saya setuju! tapi kadang2 ida pon amik je produk review tanapa ada bayaran, baikk takkk sayee puiii HAHHAHHA

    ReplyDelete
  5. saya setuju! tapi kadang2 ida pon amik je produk review tanpa ada bayaran, baikk takkk sayee puiii HAHHAHHA

    ReplyDelete
  6. Rasa macam dah boleh agak produk mana dituju...sebab ramai blogger2 otai pun buat review produk yg sama tp tiada bayaran, itulah pro dan kontra, tp seboleh-bolehnya bila julia review, julia tak suka cerita yang menipu pada pengguna, if kita guna elok, maka jujurlah review kita, tp tang bayaran tu sekarang company2 besar pun kemain demand, tak nak bayar, tp suruh buat keje dia, alahaiiii

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN